Ustaz Abdul Halim 25/07/10

Kuliah Subuh

• Para sahabat Rasulullah SAW rajin memberi sedekah. Menginfaqkan harta mereka kepada masjid. Untuk dinikmati oleh semua ahli jamaah.

• Rasulullah SAW juga menasihati para sahabatnya supaya tidak memberi kesemua hartanya untuk diinfaqkan. Tinggalkan juga kepada isi rumah mereka. Serta keluarga yang terdekat.

• Islam ini cukup mudah untuk beramal. Kerana usaha yang sikit tetapi fadilatnya cukup banyak. Sebagai contoh, fadhilat membaca surah Ikhlas sebanyak tiga kali, bersamaan dengan membaca seluruh Al Quraan.

• Membaca surah An Nas dan Surah Al Falaq diwaktu malam memberi barakah kepada sesiapa yang membacanya. Allah SWT memberi pelindungan daripada makhluk yang jahat. Baginda Rasulullah SAW setiap malam beramal dengan membaca surah surah ini.

• Surah Al Mulk juga adalah satu surah yang banyak fadhilatnya. Dengan selalu mengamalkannya maka Allah SWT memudahkan hajat sesaorang itu.

• Amalan bertahlil yang diamalkan oleh masyarakat kita juga satu amalan yang baik. Banyak surah surah yang dibaca dapat mempermudahkan kita mendapat rahmat Allah SWT. Menjauhkan kita daripada perkara yang jahat.

• Syaitan lari daripada rumah yang mana penghuninya membaca Surah Al Baqarah.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914