Posts

Showing posts from February, 2022

Usta Rahmatullah 140222

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman yakin bahawa hidup didunia ini adalah tempat ujian. • Bila diberi ujian dia bersyukur. Serta bersabar menghadapi ujian. Kerana dia tahu bahawa dengan bersabar dia akan mendapat ganjaran yang banyak. • Tetapi jika seseorang itu tidak beriman yang hidup didunia ini adalah tempat ujian. Maka bila ditimpa ujian dia mengeluh. Tidak dapat bersabar. • Ujian utama yang dihadapi orang-orang yang beriman adalah godaan nafsu. Yang menggoda sesaorang itu mencintai hidup didunia melebihi keinginan kejayaan diakhirat. • Bersabar kepada ketaatan hukum Allah SWT. Jika berjaya diberikan ganjaran syurga. Sebanyak 300 darjat • Jika sesaorang itu bersabar dari menjauhi daripada perkara yang dilarang Allah SWT juga diberi ganjaran yang besar. Sebanyak 600 darjat. • Apabila seseorang itu bersabar dari malapetaka akan mendapat ganjaran yang lebih besar. Sebanyak 700 darjat. • Barang siapa yang ditimpa bencana lalu diminta pertolongan da mengadu hanya kepada Allah SWT, maka

Ustaz Shamsuddin 130222

Kuliah Subuh • Ibadah yang dilakukan ada yang terikat dengan peraturan waktu-waktu tertentu. • Waktu itu mengimbangi dengan nafsu sesaorang itu. Ditentukan Allah SWT sesuatu ketetapan waktu adalah untuk mendidik nafsu supaya taat kepada Nya. • Solat, puasa, zakat, haji, umrah dan banyak lagi perkara-perkara yang sunat ditetapkan waktu tertentu untuk melakukannya. • Nafsu selalu mengajak manusia untuk menangguhkan sesuatu perkara yang baik. Sekiranya agama tidak menetapkan waktu beribadat maka pasti manusia akan terlepas melakukan kebaikan. • Waktu itu merupakan jalan yang baik untuk mendisiplinkan diri supaya melakukan ibadat tepat pada waktunya. • Ketetapan waktu juga untuk mengingati akan ibadah yang perlu dilakukan. Sekiranya tidak ditetapkan waktu maka akan terkandaslah ibadah itu. Nafsu akan mengajak manusia supaya jangan melakukan kebaikan dan ibadah. • Islam merupakan satu deen. Cara hidup yang tersusun. Ditentukan ibadah diwaktu yang diwajibkan. Sekiranya terlepas waktu itu mak

Ustaz Nizam Kadir 120222

Kuliah Subuh • Terdapat beberapa fahaman didalam Islam. Termasuk Syiah, Muktazilah, Khawarij dan juga Sunah Waljamaah. • Setiap kumpulan akan memberi nas nas akan fahaman mereka masing-masing. • Yang terbanyak sekali adalah Ahli sunnah Waljamaah. • Di negara kita, fahaman atau mazhab kita adalah ahli sunnah Waljamaah (AWSJ). • Kita menghormati akan keluarga Baginda Rasulullah SAW. • Didalam solat diberi selawat kepada Rasulullah SAW dan keluarga Baginda. • Disebut akan Saidina kepada Baginda SAW. Perbuatan ini terdapat nas Al Quran dan Hadith. • Baginda juga menyuruh para sahabat menghormati ketua masyarakat. Dimana dia menyebut akan kalimah Saidina kepada ketua ketua itu. • Rasulullah SAW melarang para sahabat memanggil orang yang fasik dan munafiq serta orang yang jahat akan gelaran Saidina. • Bagi kita yang berfahaman AWSJ menghormati keluarga Baginda Rasulullah SAW. Tetapi tidaklah menerima pandangan mereka yang tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW. • Bagi fahaman Syiah, merek

Ustaz Rahim Nasir 080222

Kuliah Maghrib • Kehidupan manusia ada 4 fasa:    • Fasa 1: Hidup didalam rahim ibu.    • Fasa 2: Hidup diatas dunia.    • Fasa 3: Hidup didalam kubur (roh)    • Fasa 4: Hidup diakhirat. • Kehidupan difasa 2, yang amat penting. • Perlulah sesiapa yg hidup didunia mengikut arahan Pemiliknya. • Allah SWT adalah Pemilik dunia yg kita tumpang ini sehinggalah kita pindah ke fasa seterusnya. Yg mana Dia juga pemiliknya. • Setiap manusia pasti akan mati. Akan berpindah ke fasa 3 didalam alam kubur. • Apa yang kita amalkan didalam dunia ini akan menentukan bagaimana kehidupan kita selanjutnya. • Didalam alam kubur manusia akan ditanya mengenai amalannya. Bagi mereka yang banyak melakukan amalan yang Soleh dan menghindar diri daripada maksiat maka dia akan berjaya. • Tetapi amatlah malangnya mereka yang tidak berjaya melepasi persoalan didalam kubur maka sudahlah hidup mereka selanjutnya. • Bagi manusia yang masih hidup didunia ini merupakan penunggu giliran akan kehidupan fasa 3. Tidak ada ses

Ustaz Yusof 060222

Kuliah Yusof • Allah SWT memberi peringatan kepada kita hari ini seperti Covid 19, Banjir, Ribut dan sebagainya. Sekiranya kita masih tidak sedar dan leka maka malanglah kita ketika diakhirat kelak. • Seorang mukmin didalam solatnya memohon kepada Allah SWT memberi pertunjuk kenalan yang diredai-Nya. • Solat itu mencegah kita daripada perbuatan yang keji dan mungkar. • Persoalan yang besar adalah kenapa kejadian mungkar masih berluas-luasa didalam masyarakat muslim. • Begitu juga dengan masalah rasuah yang masih menjadi isu besar didalam mesyuarat muslim hari ini. • Perbuatan rasuah merosakkan hubungan masyarakat dan mengakibatkan kerugian yang besar terpaksa ditanggung oleh negara. • Masyarakat muslim hendaklah melawan dengan mereka yang melakukan rasuah. Lawan secara berjemaah. Perbuatan rasuah ini hukumnya haram. Wajib ditentang. • Memang secara semulajadi manusia suka kepada perhiasan dunia. Wang, emas, kenderaan mewah, rumah banglo dan sebagainya. Tetapi nafsu cinta dunia ini tida

Ustaz Syukri 050222

Kuliah Subuh • Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat supaya jangan berlumba-lumba mencari dunia hingga hilang fokus kepada beribadah kepada Allah SWT. • Orang yang miskin yang beriman akan memasuki syurga dahulu daripada orang kaya. Ada para Ulama' berpendapat seawal 500 tahun. • Orang kaya ada yang beriman. Dan ada juga yang kufur kepada Allah SWT. Qarun merupakan orang yang kaya tetapi tidak beriman, malah sombong kepada Allah SWT. • Abdul Rahman Auf seorang sahabat yang kaya. Seorang yang beriman dan menggunakan kekayaannya untuk perjuangan agama Islam. Banyak jasanya kepada pembangunan negara Islam generasi pertama. • Orang yang beriman hendaklah menggunakan kekayaannya mengikut cara yang ditentukan Syariah. Tidak mengikut hawa nafsu hingga membelakangi segala hukum agama. Seperti mengeluarkan zakat dan sedekah. • Hendaklah orang yang beriman menjauhi dirinya daripada mengejar keduniaan kerana mengikut hawa nafsunya. Ramai yang terpedaya dengan syaitan akan godaan dunia h