Ustaz Rahim Nasir 080222

Kuliah Maghrib

• Kehidupan manusia ada 4 fasa:
   • Fasa 1: Hidup didalam rahim ibu.
   • Fasa 2: Hidup diatas dunia.
   • Fasa 3: Hidup didalam kubur (roh)
   • Fasa 4: Hidup diakhirat.

• Kehidupan difasa 2, yang amat penting.

• Perlulah sesiapa yg hidup didunia mengikut arahan Pemiliknya.

• Allah SWT adalah Pemilik dunia yg kita tumpang ini sehinggalah kita pindah ke fasa seterusnya. Yg mana Dia juga pemiliknya.

• Setiap manusia pasti akan mati. Akan berpindah ke fasa 3 didalam alam kubur.

• Apa yang kita amalkan didalam dunia ini akan menentukan bagaimana kehidupan kita selanjutnya.

• Didalam alam kubur manusia akan ditanya mengenai amalannya. Bagi mereka yang banyak melakukan amalan yang Soleh dan menghindar diri daripada maksiat maka dia akan berjaya.

• Tetapi amatlah malangnya mereka yang tidak berjaya melepasi persoalan didalam kubur maka sudahlah hidup mereka selanjutnya.

• Bagi manusia yang masih hidup didunia ini merupakan penunggu giliran akan kehidupan fasa 3. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lepas daripada menuju ke alam kubur.

• Maka perlulah orang yang beriman hidup didunia ini dengan mengikut segala arahan yang termaktub didalam Al Quran dan Sunah Rasulullah SAW.

• Carilah dunia tanpa melupakan persiapan akhiratnya. Keindahan dunia ini sikit jika dibanding dengan kehidupan akhirat. Tetapi sayang sekali kerana ramai orang mengejar dunia yang sikit itu  jika dibandingkan dengan orang yang mengejar akhirat.

• Allah SWT berfirman didalam Surah Al Imran ayat 145. Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

• Ambil ingatan bagi yang masih hidup supaya melakukan sebanyak mungkin amal Soleh supaya berjaya melepasi ujian selanjutnya dialam kubur.

• Kehidupan dunia singkat sahaja masanya. Tetapi akan memberi kesan kepada kehidupan kita sesudah mati untuk selama lamanya.

• Bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan Allah SWT semasa kehidupannya didalam dunia ini. Dijanjikan pahala yang melimpah ruah bagi mereka yang bersyukur.

• Surah An Nisa 134. Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

• Wassalam




 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914