Posts

Showing posts from March, 2022

Ustaz Yahya 280322

Kuliah Maghrib • Tarekat Sufiyyah   • Ilmu mendekati Allah SWT   • Memahami Ubudiah   • Membersihkan hati • Tingkatan derajat • Daripada kepada muslimin kepada mukminin • Tanda orang mukminin mereka selalu ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. • Orang mukminin adalah mereka yang mengerjakan ibadah puasa. • Derajat muhsinin   • Untuk mencapai peringkat ini perlu dia mempunyai guru yang memimpin nya kejalan ini.   • Ilmu tasawwuf merupakan cabang ilmu yang dapat mencapai peringkat ini.   • Tetapi orang yang mencapai peringkat ini terletak keatas anugerah atau pilihan Allah SWT.   • Amalan orang sebegini adalah kebanyakan nya memperelokkan daerah roh, jiwa dan hati didalam dirinya. • Meningkatkan iman seseorang   • Hingga mencapai atau memahami ihsan   • Ihsan merupakan situasi dimana ketika beribadah dia dapat melihat Allah SWT. (dengan mata hati nya).   • Sekiranya dia tidak mampu melihat Allah SWT (dengan mata hatinya), maka dia seharusnya merasa yang Allah SWT melihatnya sepa

Ustaz Dato' Mohd Nizam 220322

Kuliah Maghrib • Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". (Surah Taha ayat 114) • Orang yang berilmu, ada yang tidak beramal dengannya. Walaupun ada orang yang sikit ilmu tetapi beristiqamah beramal dengannya. • Sebaik baiknya sesaorang itu adalah yang ada ilmu Al Quran dan mengajar orang lain dengan ilmunya itu. • Orang yang menghafal Al-Quran adalah mereka yang mempunyai akhlak yang baik. Mereka menjaga diri daripada melakukan dosa. Sentiasa membasahi bibirnya dengan membaca nya secara berterusan. • Al Quran sinonim dengan bulan Ramadhan. Setiap kali menjalankan ibadah puasa Ramadhan digalakkan membaca serta memahami Al-Quran. • Didalam bulan Ramadhan perlu dilakukan dengan berilmu. Memahami hakikat berpuasa. Membuat persediaan diri, agama da

Ustaz Azman 200322

Kuliah Subuh • Setiap yang hidup akan menemui maut. • Dan semua akan disempurnakan balasan diakhirat nanti. • Balasan syurga dan neraka adalah hak Allah SWT. Bukanlah kerja manusia untuk menghukum seseorang itu. • Sesiapa yang dimasukkan ke dalam syurga, berjayalah dia. Dan sebaliknya sesiapa dimasukkan ke dalam neraka akan merana. • Tidak siapapun yang tahu akan nasibnya sesaorang itu sama ada kedalam syurga dan neraka. Ada orang kafir, dia masuk ke dalam agama Islam sehari sebelum dia meninggal dunia. • Didalam agama Islam menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah. Maka sesaorang yang beriman perlu belajar bagaimana menjalankan pengurusan jenazah mengikut syariat Islam. • Mengikut pengalaman ustaz, ramai orang tidak tahu bagaimana hendak menyediakan jenazah sebaik dia meninggal. Ada bahagian perlu diikat supaya menyenangkan dimandikan. • Orang yang sedang nazak hendaklah diiringkan badannya mengadap kelibat. Dibacakan surah Yassin, mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berikan sedikit air

Ustaz Shamsuddin 190322

Kuliah Subuh • Orang yang beriman jangan lupa mensyukuri kenikmatan hidup yang dianugerahkan Allah SWT. • Nikmat apa sahaja adalah datangnya daripada Allah SWT. • Terlalu banyak nikmat yang dirasainya oleh manusia. Sehingga dia jadi bingung, tidak sedar hingga tidak mensyukuri kepada Allah SWT. • Orang yang tidak bersyukur akan mengurangkan nilai seseorang dari sisi Allah SWT. Mungkin akan ditarik balik nikmat tersebut. • Bersyukur adalah dengan hati, lisan dan perbuatan. Tidak menggunakan nikmat dengan betul samalah seperti orang yang tidak syukur. Kufur nikmat. • Orang yang bersyukur akan memancing lebih banyak nikmat yang akan diberikan kepadanya. Lagi banyaknya syukur maka lebih dia menikmati akan anugerah Allah SWT. • Bukan senang seseorang merasai akan sifat syukur. Maka para Ulama' menyatakan syukur itu sendiri merupakan nikmat. • "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Jika ka

Ustaz Rosmadi 180322

Tazkirah Jumaat • Mujahadah bererti melakukan amal dengan bersungguh-sungguh. Lawan segala nafsu yang menghalang untuk melakukan amalan yang soleh. • Apabila berhadapan dengan situasi yang tidak kondusif untuk melakukan kebaikan. Seperti situasi yang kita hadapi semasa pandemik Covid. • Nikmat yang Allah SWT diberi kepada Kita merupakan kesihatan yang baik dan masa lapang. Perlulah kita gunakan nikmat tersebut untuk melakukan amalan Soleh dengan bermujahadah. Peluang yang tidak perlu dibuang dengan begitu sahaja. • Al Quran jika diamalkan akan memberi kebaikan kepada sesiapa yang membaca dan mendengarnya. Membaca, mendengar, memahami dan mengamal dengannya adalah satu amalan yang memberi kebaikan. Dapat memberi kesan kepada jiwanya. • Orang yang beriman hendaklah selalu mengingati Allah SWT. Bertakwa kepada NYA. Dan takut kepada NYA. Serta ingat yang jika dia lupa kepada NYA maka Allah SWT juga akan melupainya. • Semasa kesihatan yang baik. Perlulah digunakan untuk melakukan memperbany

Ustaz Shamsuddin 130322

Kuliah Subuh • Ada orang yang asalnya lalai daripada ibadat kepada Allah SWT. Tetapi dengan rahmat NYA orang tersebut dapat berubah menjadi seorang yang bertaubat serta Soleh. • Perubahan ini hendaklah orang tersebut sedar bahawa perubahan yang terjadi kepada nya daripada tidak baik kepada baik adalah kerana anugerah Illahi. • Perubahan didalam diri seseorang hamba adalah satu nikmat dan rahmat Allah SWT. • Nikmat tersebut satu pengalaman yang menyeronokkan bagi sesaorang itu. Kalau dulu hidupnya penuh dengan maksiat, sekarang jadi seorang yang bertakwa. Jiwa merasa tenang. • Merasa nikmat hidup didalam iman setelah bertaubat. Syukur kepada Allah SWT. Serta berusaha untuk melipatgandakan ibadah yang Soleh. • Melepaskan diri daripada belenggu nafsu syahwat dapat membawa sesaorang itu menuju kejalan kesyurga. Tahulah bahawa nafsu itu tidak suka kepada syurga. • Nafsu syahwat itu membesar didalam diri seseorang adalah berpunca daripada cinta kepada kenikmatan dunia. Nikmat dunia yang tida

Ustaz Shukri 120322

Kuliah Maghrib • Kekayaan yg sebenarnya bukan kaya harta tetapi kekayaan jiwa. • Orang yg kaya jiwa adalah mereka yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Rasa puas akan apa sahaja yg DIA kurniakan. • Sebaliknya orang yang sakit jiwa merasa tidak cukup akan harta dan pemberian Allah SWT. • Mereka yg sakit jiwa sentiasa mengejarkan kekayaan dunia hingga alpa akan ibadat kepada Allah SWT. • Rasa kesal dan dukacita bila tidak dapat apa harta dunia yang dikejar. Tetapi dia tidak sedih apabila tidak melakukan tanggungjawab agamanya. • Tama' akan harta yg diperolehi hingga lalai dalam menunaikan kewajipan berzakat. Ditangguhkan kewajipan zakat kemudian hari kononnya hendak menunggu harta dah banyak. Tetapi dia lupa bahawa maut datang pada bila-bila masa sahaja. • Kejar harta sehingga sanggup berhutang dengan banyak. Tetapi tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membayarnya. Dia lupa bahawa hutang itu menyusahkan diri sesaorang didunia dan diakhirat. • Orang beriman yang kaya jiw

Ustaz Nizam Kadir 120322

Kuliah Subuh • Memuliakan sahabat Baginda Rasulullah SAW ada asas didalam agama Islam. Terutama Saidina Abu Bakar As Sidiq dan Saidina Umar Al Khatab. • Sahabat Nabi Muhammad SAW adalah mereka yang pernah berjumpa Baginda serta beriman dengan agama Islam semasa Baginda masih hidup didunia. • Amalan para sahabat tidak sama ganjarannya dengan kita yang terkemudian. • Mereka sangat hebat berjuang untuk agama Allah SWT. • Sahabat yang Rasulullah SAW paling percaya adalah Saidina Abu Bakar. Dia merupakan yang membenarkan apa sahaja yang diberitahu Baginda. Terutama semasa perjalanan Israk dan mikraj Baginda SAW. • Saidina Umar Al Khatab merupakan seorang yang memeluk Islam selepas Baginda berdoa kepada Allah SWT. • Para sahabat yang lain merasa bersemangat setelah Saidina Umar memeluk Islam. • Mahzab sunnah Waljamaah memuliakan semua sahabat Nabi Muhammad SAW. Tidak seperti keyakinan sebahagian puak Syiah. Mereka menyatakan bahawa sahabat itu jahat, zalim dan murtad serta kafir. • Oleh kera

Ustaz Yusof 060322

Kuliah Subuh • Didalam Al Quran Surah Ali Imran 185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. • Apabila sampai masanya ajal akan tetap mencari sesaorang walaupun berada dimana sahaja. • Setiap orang beriman perlulah membuat persiapan untuk menghadapi sakarat maut. • Mati itu merupakan satu perjalanan menuju ke alam akhirat. Dimana setiap mukmin mengharapkan syurga. • Untuk mendapatkan ganjaran syurga, perlulah sesaorang itu mengerjakan segala amal yang soleh yang dihukumkan Allah SWT. • Satu amalan yang baik adalah membaca AL Quran. Didalam zaman ini tarikan sosial media membuat membaca AL Quran itu susah. • Saidina Othman walaupun tugasan se

Ustaz Syukri 050322

Kuliah Subuh • Surah Saba ayat 39. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". • Harta yang diusahakan sendiri sesaorang itu lebih baik daripada harta yang daripada harta pusaka. Dan apabila di infaqkan akan memberi kebaikan kepada pemberinya. • Sayang kepada harta itu adakalanya membawa kepada sifat kedekut. Hingga ada yang tidak boleh mendengar perkataan infaq. • Harta sesaorang itu yang sebenarnya adalah harta yang diinfakkan kejalan Allah SWT. Harta itu yang akan mengikut sesaorang itu diakhirat nanti. • Mempunyai harta yang banyak tidak menjamin kebahagiaan sesaorang didunia ini. Malahnya harta itu mungkin membawa kecelakaan kepada pemiliknya. Seperti apa yang terjadi kepada Qarun dizaman Nabi Musa AS, dihina Allah SWT didalam Al Quran. • H

Ustaz Yahya 020322

Kuliah Maghrib • Peristiwa Israk dan mikraj berlaku di dalam bulan Rejab • Baginda SAW telah dapat kembali kepada Allah SWT didalam peristiwa tersebut • Ada para alim ulama menyatakan bahawa perjumpaan Rasulullah SAW dengan Allah SWT merupakan kali kedua. • Perjumpaan pertama adalah sebelum jasadnya terjadi dimuka bumi ini. Secara roh Baginda SAW dikatakan telah wujud sebelum dijadikan alam ini. • Bagi setiap manusia roh kita telah wujud sebelum kita dilahirkan kemuka bumi ini. Dan kita telah mengaku akan hanya Allah SWT tuhan kita. • Apabila sampai masanya kita akan kembali kepada Allah SWT. Seperti satu Israk. • Kembalinya kita kepada Allah SWT adalah didalam bentuk roh. Jasad kita akan hancur menjadi tanah apabila maut menemui kita. • Roh merupakan satu ciptaan Allah SWT yang cukup hebat. Dan selamanya dibawah kawalan NYA. • Semasa hayat kita didunia roh itu berada didalam jasad kita. Jasad itu dibuat asalnya daripada tanah. Satu bentuk fizikal. • Jasad kita selain mempunyai roh, di