Ustaz Yahya 280322

Kuliah Maghrib

• Tarekat Sufiyyah
  • Ilmu mendekati Allah SWT
  • Memahami Ubudiah
  • Membersihkan hati

• Tingkatan derajat
• Daripada kepada muslimin kepada mukminin
• Tanda orang mukminin mereka selalu ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.
• Orang mukminin adalah mereka yang mengerjakan ibadah puasa.

• Derajat muhsinin
  • Untuk mencapai peringkat ini perlu dia mempunyai guru yang memimpin nya kejalan ini.
  • Ilmu tasawwuf merupakan cabang ilmu yang dapat mencapai peringkat ini.
  • Tetapi orang yang mencapai peringkat ini terletak keatas anugerah atau pilihan Allah SWT.
  • Amalan orang sebegini adalah kebanyakan nya memperelokkan daerah roh, jiwa dan hati didalam dirinya.

• Meningkatkan iman seseorang
  • Hingga mencapai atau memahami ihsan
  • Ihsan merupakan situasi dimana ketika beribadah dia dapat melihat Allah SWT. (dengan mata hati nya).
  • Sekiranya dia tidak mampu melihat Allah SWT (dengan mata hatinya), maka dia seharusnya merasa yang Allah SWT melihatnya sepanjang masa.

• Didalam Islam setiap orang yang beriman hendaklah memahami ilmu yang berikut.
  • Ilmu tauhid. Memahami akidah.
  • Hukum syariat didalam agama Islam
  • Tasawuf agar akhlaknya besesuian dengan makhluk yang terbaik.

• Mencapai mertabat yang tinggi hendaklah orang-orang yang beriman mempunyai ilmu yang dapat dia menguasai dirinya agar dia menjadi orang yang benar-benar beriman.

• Hanya mempelajari satu bidang sahaja tidak mencukupi. Ramai orang hari ini terlalu fokus hanya kepada ilmu syariat. Maka tidak cukup persiapan untuk mencapai tingkatan yang tinggi. Tingkatan 'super' seperti mereka generasi Islam yang pertama.

• Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914