Ustaz Azman 200322

Kuliah Subuh

• Setiap yang hidup akan menemui maut.

• Dan semua akan disempurnakan balasan diakhirat nanti.

• Balasan syurga dan neraka adalah hak Allah SWT. Bukanlah kerja manusia untuk menghukum seseorang itu.

• Sesiapa yang dimasukkan ke dalam syurga, berjayalah dia. Dan sebaliknya sesiapa dimasukkan ke dalam neraka akan merana.

• Tidak siapapun yang tahu akan nasibnya sesaorang itu sama ada kedalam syurga dan neraka. Ada orang kafir, dia masuk ke dalam agama Islam sehari sebelum dia meninggal dunia.

• Didalam agama Islam menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah. Maka sesaorang yang beriman perlu belajar bagaimana menjalankan pengurusan jenazah mengikut syariat Islam.

• Mengikut pengalaman ustaz, ramai orang tidak tahu bagaimana hendak menyediakan jenazah sebaik dia meninggal. Ada bahagian perlu diikat supaya menyenangkan dimandikan.

• Orang yang sedang nazak hendaklah diiringkan badannya mengadap kelibat. Dibacakan surah Yassin, mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berikan sedikit air dengan dibasahi bibirnya. Ajarkan dia mengucapkan kalimah syahadah.

• Para ulama menyatakan bahawa orang yang terbaik (sunat) mengajarkan kalimah syahadah kepada sesaorang yang sedang nazak adalah orang yang dia sayang.

• Selepas sesaorang yang nazak sudah mengucap syahadah, hendaklah semua orang berdiam. Agar ucapan syahadah itu merupakan ucapan terakhir nya.

• Sekiranya jenazah sesaorang itu selepas meninggal dunia, matanya celik. Disuruh dipejamkan matanya sambil membaca selawat nabi saw.

• Selepas sesaorang itu baru meninggal pihak waris hendaklah menanggalkan pakaian dan bersihkan badannya. Ini sebelum dimandikan. Badan nya hendaklah juga disapukan minyak dibahagian yang keras, terutama sendi sendinya.

• Ramai orang tidak tahu bagaimana hendak diuruskan sebaik seseorang itu meninggal dunia. Perlulah dipelajari.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914