Posts

Showing posts from October, 2023

Ustaz Ghazali Omar 301023

Kuliah Maghrib • Bangun solat malam adalah satu amalan yang digalakkan • Dirikanlah solat Qiamullail dengan bersungguh sungguh. Sambil berdoalah kepada Allah SWT dengan sepenuh hati. • Berdoa dengan doa yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith adalah yang terbaik. Tetapi tidaklah salah jika berdoa dengan bahasa yang kita faham. Asalkan datang dari hati yang ikhlas. • Rasulullah SAW bersabda: "Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya." (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya) • Disarankan apabila selesai solat malam berdoa dan beristighfar. • Kelazatan mengerjakan solat Qiamullail melebihi daripada ibadah yang lain. Kerana jika sesaorang itu melakukan ibadah kerana keinginan hatinya yang ikhlas. • Dan bangun

Pok Zan Lawyer 291023

Kuliah Maghrib • Didalam keadaan semasa terdapat banyak kes penipuan. Dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya beriman. • Bagaimana hendak tahu yang ada gerak penipuan terhadap diri kita. • Ada orang yang menunggangkan agama untuk menipu. Di 'target' keatas orang masjid dan berpersatuan agama. Kerana orang yang kuat beramal semula jadi lembut hati untuk berinfak. • Menipu dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran dan Hadis. Seperti Mekah Fund, Dana Hj Jasman dan sebagainya. https://karseza.weebly.com/mecca-fund.html https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/03/41222/taktik-baharu-dana-haji-jasman • Penipuan ini memang pakar didalam hal sebegini. Mereka akan serang Pak Iman dan AJK Masjid. Memang bila dengar rayuan mereka ramai akan terpengaruh. Sanggup bersumpah dengan nama Allah SWT dan Rasulullah SAW. • Mereka yang penipu ini kadang kala menggunakan costume agama. Berjubah, Serban, dan sebagainya. Kerana orang akan melihat mereka sebagai orang alim yang kuat agama. • Undang neg

Ustaz Hafizuddin 281023

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman yakin bahawa apa sahaja yang berlaku keatas dirinya adalah ketentuan Allah SWT. Sama ada yang baik atau musibah. • Disebalik musibah itu terdapat satu kebaikan. • Musibah itu merupakan ujian kepada seorang hamba. Untuk membersihkan dirinya daripada dosa. • Orang yg diberi satu ujian musibah yang besar, merupakan satu tarbiyah kepada dirinya. Supaya dengan musibah tersebut hatinya tersentuh untuk mendekati diri kepada Allah SWT. • Orang yang beriman tahu bahawa musibah itu ujian Allah SWT. Lagi besar musibah yang diterima mereka yakin yang terdapat kejayaan diakhirat nanti. Begitulah pegangan mukmin di Palestin. Lagi kuat dihentam lagi kuat iman mereka. Boleh senyum kerana mereka yakin bahawa syurga telah tersedia untuk mereka. • Tetapi ada juga orang yang tipis imannya tidak berjaya didalam ujian. Mereka sanggup menggadaikan iman. Ada yang tidak tahan dengan ujian tersebut hingga sanggup membunuh diri. • Orang yg beriman perlulah faham bahawa nyawa k

Ustaz Suhaimi 281023

Kuliah Subuh • Riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya kepada sahabatnya: "Tahukah kamu sekalian, siapakah orang muflis itu?" Sahabat menjawab: "Orang muflis menurut kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan harta benda." Rasulullah SAW membalas: "Sesungguhnya orang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang pada Hari Kiamat kelak datang dengan ibadah solat, puasa dan zakat, tetapi ia dahulu selalu mencaci maki orang ini, menfitnah orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini. Maka, diberikan kepada setiap orang tadi daripada pahala kebaikannya. Sekiranya pahala kebaikannya sudah habis sebelum selesai ditunaikan semua tuntutan ke atasnya, akan diambil pula daripada dosa mereka, lalu dilemparkan pula ke atasnya. Kemudian akhirnya, dia akan dihumbankan ke neraka." Riwayat Muslim • Daripada Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW memegang dua bahuku seraya bersabda: كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَن

Ustaz Dato' Nizam 241023

Kuliah Maghrib • Fardhu Solat - Solat difardukan pada tahun kesembilan kenabian Baginda Rasulullah SAW. Tahun itu juga Baginda kehilangan bapa saudaranya tanpa beriman, kematian isterinya. Tahun itu juga Baginda ditolak dakwahnya. - Disatu malam Jibrail membawa dengannya satu kenderaan bernama Buraq yang dibuat daripada cahaya. Sepintas kilat. Satu saat bergerak 186 ribu batu. - Dibawa Baginda SAW daripada Masjidil Haram ke Masjidil Al Aqsa. Kemudian dibawa keatas langit. Sidratul Muntaha - Melalui  'Araj Allah SWT. - Hingga bertemu NYA disatu tempat yang tidak bertempat. (diluar jangkaan pemikiran makhluk) - Diriwayatkan bahawa Baginda mengucapkan kepujian kepada Allah SWT. DIA memberi salawat keatas Rasulullah SAW. Baginda juga ucapkan keselamatan keatas segala umat yang Soleh. Disambut para malaikat dengan ucapan syahadah. - Kemudian sebelum kembali ke langit yang bawah, Baginda diperintahkan fardhu Solat. Bermula dengan 50 solat sehari. Baginda mohon diturunkan sehingga 5 solat

Ustaz Abdul Halim 221023

Kuliah Subuh • Berikut ini bacaan doa bangun tidur sesuai ajaran Rasulullah SAW الحَمْدُ لِلهِ الًّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menghidupkan kami setelah Ia mematikan kami. Kepada-Nya lah kebangkitan hari Kiamat. • Telah datang dari Aisyah berkata: Nabi Muhammad ketika bangun dari tidurnya, membaca takbir (الله اكبر) sepuluh kali dan memuji kepada Allah ( dengan membaca, الحمد لله) sepuluh kali, dan membaca tasbih (سبحان الله) sepuluh kali, dan membaca tahlil (لا اله الا الله) sepuluh kali, dan membaca istighfar (استغفر الله العظيم) sepuluh kali. dan dia berdoa: اللهم اغفرلى وارحمني واهدني وارزقني وعافني dan dia (juga berdoa) meminta perlindungan dari sempitnya tempat di hari kiamat. • Doa yang panjang... • الْحَمْدُ للهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْعُظْمَةُ وَالسُّلْطَانُ ِللهِ وَالْعِزَّةُ وَالْقُدْرَةُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ أَصْبَحْنَا

Ustaz Shamsuddin 211023

Kuliah Subuh • Tanda seseorang itu mencintai kepada Allah SWT dengan sepenuhnya ialah dia tidak mengharap balasan diatas amalannya. Ia tahu yang Allah SWT akan senantiasa memelihara dirinya. Apa sahaja yang ditetapkan NYA pastilah yang terbaik. • Sesaorang yang terlalu mengharap dan meminta-minta tanpa mengikut adap yang ditetapkan ajaran Rasulullah SAW adalah perbuatan yang hanya sebenarnya mencintai diri sendiri. • Para sahabat yang dididik oleh Baginda Rasulullah SAW mereka mencintai kepada Allah SWT sehingga mereka sanggup mati demi menegakkan agama NYA dialam ini. Mereka juga memberi segala harta bendanya dan segalanya. • Jadi sesaorang yang berusaha untuk membesarkan kecintaan diri kepada NYA perlulah belajar jangan hanya meminta-minta tanpa sanggup memberi. Apabila melakukan amalan solat perlulah di ikhlas dengan mengerjakan dengan penuh khusyuk. Pahala mengerjakan amalan solat itu adalah ketentuan Allah SWT. Tidak perlu 'calculate' berapa pahala kerana melakukan amalan

Ustaz Muhaimin 201023

Kuliah Maghrib • Orang yg berjaya didalam kehidupan ini adalah mereka yang mempunyai iman kepada Penciptanya ia itu Allah SWT. • Orang yg beriman kenal akan Tuhan nya. Kenal akan sifat-sifat NYA. Mempunyai ilmu didalam kewujudan yang Maha Pencipta. Ilmu tauhid. • Setelah kenal akan Allah SWT maka orang yang beriman Kyushu didalam solatnya. • Serta menjauhi diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Menjaga waktunya agar tidak melakukan perkara yang membuang masa. Tidak lalai daripada mengerjakan ibadat seperti berzikir, membaca Al Quran dan menambah ilmu. • Para ulama' berpesan bila hidup diwaktu pagi lakulah ibadah diwaktu pagi jangan lengah hingga kepetang. • Mensucikan diri dari sifat bakhil dan tama' dengan melalukan ibadah zakat. Dengan lakukan ibadah zakat dan sedekah sunat dia mensucikan dirinya daripada sifat-sifat yang terlalu mengikut nafsu cintakan dunia. • Para sahabat mereka banyak melalukan sedekah diwaktu malam agar orang lain tidak nampak. Mer

Ustaz Haslam 171023

Kuliah Maghrib • Amalan untuk sesaorang ingin zuhud daripada dunia... - ingat kepada kematian - hati yg mencintai Allah SWT - hati yg mencintai Rasulullah SAW • Mus'ab Umair Sebelum memeluk Islam, Mus'ab merupakan golongan cendekiawan Makkah dan sering dijemput ke mesyuarat para pemimpin Makkah yang ketika itu dihadiri oleh Abu Jahal, Abu Sufyan ibn Harb dan para bangsawan yang lain. Selepas memeluk Islam melalui Arqam ibn Abi Al-Arqam, Mus'ab kemudiannya bertukar watak menjadi zuhud dan warak.[2] Antara dugaan beliau adalah mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri sehinggakan beliau dikurung di dalam rumah dan dijaga oleh pengawal.[3] Bagi mengelakkan seksaan, Mus'ab berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali. • Amalan yang memberi kemanisan iman   - hati yg mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW   - mencintai seseorang kerana Allah SWT   - benci kekufuran sebagai ia benci memasuki ke dalam neraka. • Diberi kemanisan iman oleh Allah SWT adalah kekuatan sesaorang

Ustaz Dato' Nahrawi 161023

Kuliah Maghrib • Tiga golongan yang dibenci Allah SWT    - orang tua yang berzina    - pemimpin yang suka berbohong    - orang miskin yang sombong Mereka akan disiksa dengan beratnya didalam neraka. Perlulah bagi mereka untuk bertaubat untuk mendapat keampunan Allah SWT. • Seorang pemimpin perlulah berlaku adil sebagaimana amanah yang diberikannya kepadanya. Pemimpin adalah seluruh lapisan kepimpinan. Samada peringkat negara, daerah, pejabat, masjid dan sehingga lah keluarga sendiri. • Allah Azzawajalla berfirman...   - Kemuliaan adalah sarung KU   - Kesombongan adalah selendang KU Sesiapa yang mencabut dariKU salah satu dari kedua-dua akan disiksa. • Allah SWT memberi peringatan kepada hamba NYA supaya tidak sombong. Serta merendah diri. • Diriwayatkan ada seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan diri, rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong. Tiba tiba Allah SWT membenamkan dirinya kedalam bumi hingga hari kiamat. • Pengajaran bagi kita bahawa tidaklah boleh sesaor

Ustaz Luqman Daud 151023

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman sewajarnya melakukan ibadah yang telah ditentukan Allah SWT. Selagi dia masih hidup maka dibolehkan melalukan ibadah. Apabila mati kelak tidak lagi dikehendaki beribadah. • Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dengan penuh kesukaan oleh kaum keluarga Baginda. Termasuklah bapa saudara Baginda ia itu Abu Lahab. • Tetapi setelah Baginda dipilih menjadi Rasulullah bapa saudaranya Abu Jahal menjadi penentang utamanya. Jahatnya Abu Jahal hingga Allah SWT menurunkan ayat Quran mencelanya. • Sebagai seorang yang beriman hendaklah kita hendak mengenali Baginda Rasulullah SAW. Mencintai Baginda melebihi cintanya daripada dirinya sendiri. Dengan mendirikan sunnah dan suruhan Baginda. • Para sahabat melakukan ibadah sepertimana Baginda melakukannya. Salah seorang sahabat yang cukup menjaga sunnah Baginda Rasulullah SAW adalah Abdullah bin Umar. Anak lelaki Saidina Umar al-Khattab. • Didalam liputan sejarah, tidak ada orang yang kehidupannya direkodkan sepertiman

Ustaz Syukri 141023

Kuliah Maghrib • Apabila sesaorang yang beriman memohon keampunan daripada Allah SWT dengan bersungguh sungguh maka dosa itu berkemungkinan diampunkan. • Rahmat Allah SWT serta kasih NYA kepada hamba- hamba NYA maka bukan sahaja diampunkan dosanya malah ditutupi aib nya. • Bagi orang yang mukmin, kematian merupakan satu rahmat. Kerana mereka sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT dengan amalan yang Soleh. • Sama ada kematian itu secara aman atau kematian didalam peperangan. Seorang mukmin akan pasti merasa ketenangan didalam kematian. • Orang Palestin yang kuat mempertahankan iman dan agama mereka. Kematian mereka adalah seorang yang syahid. Walaupun hidup didunia ini penuh dengan cabaran dan gelora peperangan tetapi kematian mereka akan disambut dengan penuh kedamaian dialam Barzah. • Orang beriman hendaklah bersiap sedia untuk menghadapi kematian. Dengan fokus yang kuat terhadap solat. Persiapkan keluarga masing-masing dengan penjagaan solat yang kuat. Solat merupakan sebagai tia

ISRAEL

'I am Israel. I came to a land without a people for a people without a land. Those people who happened to be here, had no right to be here, and my people showed them they had to leave or die, razing 400 Palestinian villages to the ground, erasing their history. I am Israel. Some of my people committed massacres and later became Prime Ministers to represent me. In 1948, Menachem Begin was in charge of the unit that slaughtered the inhabitants of Deir Yassin, including 100 women and children. In 1953, Ariel Sharon led the slaughter of the inhabitants of Qibya, and in 1982 arranged for our allies to butcher around 2,000 in the refugee camps of Sabra and Shatila. I am Israel. Carved in 1948 out of 78% of the land of Palestine, dispossessing its inhabitants and replacing them with Jews from Europe and other parts of the world. While the natives whose families lived on this land for thousands of years are not allowed to return, Jews from all over the world are welcome to instant citizens

Ustaz Dr Nizam 141023

Kuliah Subuh • Deklarasi Ipoh 2023 baru ini memperkuatkan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah. • Orang yg beriman apabila dia berdoa, maka wajib baginya berdoa kepada Allah SWT. Tidak boleh berdoa kepada yang lain. • Sebagai seorang mukmin kita yakin semua perkara ditakdir Allah SWT. Apa sahaja yang dikehendaki NYA pasti berlaku. Dan apa yang tidak dikehendaki NYA tidak akan berlaku. • Jika seseorang mukmin hendak bertawassul, wajib memohon kepada Allah SWT. - Tawassul dengan sifat Allah SWT. - Tawassul dengan amalan soleh diri sendiri. - Tawassul dengan doa daripada orang yang masih hidup. - Tawassul dengan nama Rasulullah SAW. - Tawassul dengan nama orang - orang yang soleh. • Wassalam  

Ustaz Dr Ali 121023

Kuliah Maghrib • Orang yg beriman hendaklah mengenali 99 asmaul Husna. • Segala nama nama sifat Allah SWT itu termaktub didalam Al Quran. • Sepatutnya orang yang beriman yang berumur 60 tahun keatas sudah memahami akan ayat-ayat Al Quran yang tertentu. • Al-Baqara (2:151) كَمَآ اَرْسَلْنَا فِيْكُمْ رَسُوْلًا مِّنْكُمْ يَتْلُوْا عَلَيْكُمْ اٰيٰتِنَا وَيُزَكِّيْكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَّا لَمْ تَكُوْنُوْا تَعْلَمُوْنَۗ (Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. • Ibrahim (14:34) وَاٰتٰىكُمْ مِّنْ كُلِّ مَا سَاَلْتُمُوْهُۗ وَاِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ لَا تُحْصُوْهَاۗ اِنَّ الْاِنْسَانَ لَظَلُو

Ustaz Rahmatullah 111023

Kuliah Maghrib • Melakukan sesuatu perbuatan yang maksiat akan mendapat celaan dan kehinaan. • Orang yg beriman perlulah yakin bahawa jika dia hendak kemuliaan maka tahulah bahawa kemuliaan itu milik Allah SWT. Serta milik Baginda Rasulullah SAW dan orang soleh. • Apabila sesaorang itu dimuliakan Allah SWT maka segala makhluk akan memuliakan dia. • Kemuliaan itu didapatkan dengan mentaati segala perintah Allah SWT. • Para sahabat sebelum memeluk Islam mereka tidaklah mulia. Tetapi setelah memeluk Islam, serta mereka mentaati segala perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW mereka dimuliakan. Sehingga separuh dunia kemudiannya dibawah perintah Islam. • Sesiapa yang berpegang kuat dengan segala ajaran Islam pasti dia akan mendapat kemenangan. Sejarah menjadi saksi akan kemenangan orang yang beriman. • Wassalam  

Ustaz Zul

Kuliah Maghrib • Ustaz Zul ini adalah bekas pemain muzik. Kini dia dengan rahmat Allah SWT telah berubah. https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2016/09/01/zul-handy-black • Allah SWT menjadikan umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang terbaik. Kerana mereka mengajak orang kearah kebajikan dan mencegah manusia daripada kejahatan. • Sebagai umat Nabi Muhammad SAW hendaklah kita bersyukur. DIA boleh jadikan kita sebagai umat Nabi-nabi yang terdahulu. Tetapi dengan Rahmat NYA dijadikan kita umat Nabi Muhammad SAW. Yang akan didahulukan diakhirat nanti. • Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT agar ditangguhkan segala azab didunia ini hingga hari akhirat nanti kepada umatnya. Sehingga pada hari ini ada orang yang melakukan amalan yang mencabar kekuasaan NYA. Tidak ramai yang bersyukur. • Sebagai seorang mukmin perlulah kita berdakwah. Mengajak manusia beriman kepada Allah SWT dengan secara yang kita mampu. • Sesiapa yang menghidupkan sunnah Baginda Rasulullah SAW akan diberi tujuh pulu

Ustaz Rahmatullah 091023

Kuliah Maghrib • Pintu rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Orang yang beriman hendaklah yakin akan hal ini. • Sekiranya seseorang hamba tidak pedulikan akan hukum Allah SWT. Tidak dihiraukan akan perkara-perkara yang haram dan yang halal. Jagi bagaimana seorang hamba itu mendapat rezki yang diberkati. • Didalam dunia hari ini yang serba sibuk kelapangan masa itu merupakan satu rezeki yang besar nilainya. Masa yang lapang itu dapat diisikan dengan beribadat. • Orang yang beriman takut akan mendapat rezeki daripada sumber yang tidak halal. Kerana itu menjadi cabaran hidup apabila harta itu berada dihadapan mata. Takut jika harta itu membawa matinya tercela. Rugi besar dialam akhirat kelak. • Sekiranya seseorang itu menghabiskan hidupnya menjadi hamba kepada kesenangan dunia, maka apabila dia mati kelak akan besarlah sesalannya. Pada ketika itu sudah terlambat untuk menyesal. • Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 081023

Kuliah Subuh • Orang yg beriman pada dasarnya adalah mereka yang percaya kepada rukun iman yang enam. • Pada hakikatnya orang yang benar-benar beriman adalah mereka yang senantiasa mengingati dan memuji Allah SWT. Seluruh hidupnya adalah dibina atas dasar taat akan segala suruhan dan larangan NYA. • Mukmin yang sempurna mengisi seluruh hidupnya dengan berbakti kepada Allah SWT. • Setiap perbuatan nya semata-mata mengikut kehendak Allah SWT. Diperbanyakkan memuji akan kebesaran NYA. • Sebaik bangun diwaktu pagi orang yang beriman akan mengingati Allah SWT. Bersyukur kepada NYA yang memberi dia kehidupan sekali lagi setelah dimatikan (tidur) diwaktu malam. • Orang mukmin kepentingan Allah SWT didahulukan daripada kehendak diri dan perkara yang lain. Hak NYA dijaga dengan sebaik mungkin. Mengharap keredhaan Illahi. • Kitab yang baik dijadikan rujukan untuk menimba ilmu untuk memperbaiki keimanan seseorang itu adalah Hidayatus Salikin. Kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimb

Ustaz Yusof 011023

Kuliah Subuh • "Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah." (QS. Al Ahzab: 21) • Sesungguhnya Nabi kita, Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah s.w.t untuk menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia. Hal ini berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud; "Aku diutuskan (oleh Allah) hanyalah untuk menyempurnakan akhlak."Hadis Riwayat Ahmad • Aisyah r.anha berkata; "Baginda (Rasulullah) adalah orang yang paling mulia akhlaknya, tidak pernah berlaku keji, tidak pula mengucapkan kata-kata kotor, tidak berbuat gaduh di pasar, dan tidak pernah membalas dengan perkara tercela yang serupa, akan tetapi Baginda seorang yang pemaaf dan pengampun." Hadis Riwayat Ahmad • Menurut Anas bin Malik yang sudah bertahun – tahun melayani Nabi Muhammad SAW, bahawasanya beliau tidak pernah mendapati terdapat kata-kata kesat yang keluar dar