Ustaz Rahmatullah 111023

Kuliah Maghrib

• Melakukan sesuatu perbuatan yang maksiat akan mendapat celaan dan kehinaan.

• Orang yg beriman perlulah yakin bahawa jika dia hendak kemuliaan maka tahulah bahawa kemuliaan itu milik Allah SWT. Serta milik Baginda Rasulullah SAW dan orang soleh.

• Apabila sesaorang itu dimuliakan Allah SWT maka segala makhluk akan memuliakan dia.

• Kemuliaan itu didapatkan dengan mentaati segala perintah Allah SWT.

• Para sahabat sebelum memeluk Islam mereka tidaklah mulia. Tetapi setelah memeluk Islam, serta mereka mentaati segala perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW mereka dimuliakan. Sehingga separuh dunia kemudiannya dibawah perintah Islam.

• Sesiapa yang berpegang kuat dengan segala ajaran Islam pasti dia akan mendapat kemenangan. Sejarah menjadi saksi akan kemenangan orang yang beriman.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914