Ustaz Shamsuddin 081023

Kuliah Subuh

• Orang yg beriman pada dasarnya adalah mereka yang percaya kepada rukun iman yang enam.

• Pada hakikatnya orang yang benar-benar beriman adalah mereka yang senantiasa mengingati dan memuji Allah SWT. Seluruh hidupnya adalah dibina atas dasar taat akan segala suruhan dan larangan NYA.

• Mukmin yang sempurna mengisi seluruh hidupnya dengan berbakti kepada Allah SWT.

• Setiap perbuatan nya semata-mata mengikut kehendak Allah SWT. Diperbanyakkan memuji akan kebesaran NYA.

• Sebaik bangun diwaktu pagi orang yang beriman akan mengingati Allah SWT. Bersyukur kepada NYA yang memberi dia kehidupan sekali lagi setelah dimatikan (tidur) diwaktu malam.

• Orang mukmin kepentingan Allah SWT didahulukan daripada kehendak diri dan perkara yang lain. Hak NYA dijaga dengan sebaik mungkin. Mengharap keredhaan Illahi.

• Kitab yang baik dijadikan rujukan untuk menimba ilmu untuk memperbaiki keimanan seseorang itu adalah Hidayatus Salikin. Kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk nusantara.

• Beramal dengan segala suruhan agama sebaik mungkin. Memperbaiki amalan tersebut setiap hari. Usaha ini adalah semata-mata mencari keredhaan Allah SWT. Jauhkan diri daripada sifat yang tercela. Seperti sombong, bongkak, riyak dan sebagainya.

• Seorang mukmin sedar bahawa segala perbuatannya dilihat oleh Allah SWT. Apa yang terjadi keatas dirinya adalah ketentuan NYA. Maka sebagai hamba apabila mendapat nikmat maka segera diberi pujian kepada NYA. Sebaliknya apabila mendapat ujian segera memohon keampunan dan pertolongan NYA.

• Seorang mukmin juga sedar bahawa hidupnya ini adalah kerana rahmat Allah SWT.

• Setiap perbuatan dan pengalaman kehidupan adalah kerana ketentuan Allah SWT.

• Apabila dia dapat mengerjakan amal soleh seperti solat, puasa dan sebagainya, dia sedar bahawa yang memberinya daya itu adalah Allah SWT.

• Ini merupakan nikmat yang diberikan NYA kepadanya. Dia sedar bahawa ramai orang yang tidak mempunyai kesedaran untuk beribadat kepada NYA. Malah ramai yang lupa untuk memuji kepada NYA.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914