Ustaz Rahmatullah 091023

Kuliah Maghrib

• Pintu rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Orang yang beriman hendaklah yakin akan hal ini.

• Sekiranya seseorang hamba tidak pedulikan akan hukum Allah SWT. Tidak dihiraukan akan perkara-perkara yang haram dan yang halal. Jagi bagaimana seorang hamba itu mendapat rezki yang diberkati.

• Didalam dunia hari ini yang serba sibuk kelapangan masa itu merupakan satu rezeki yang besar nilainya. Masa yang lapang itu dapat diisikan dengan beribadat.

• Orang yang beriman takut akan mendapat rezeki daripada sumber yang tidak halal. Kerana itu menjadi cabaran hidup apabila harta itu berada dihadapan mata. Takut jika harta itu membawa matinya tercela. Rugi besar dialam akhirat kelak.

• Sekiranya seseorang itu menghabiskan hidupnya menjadi hamba kepada kesenangan dunia, maka apabila dia mati kelak akan besarlah sesalannya. Pada ketika itu sudah terlambat untuk menyesal.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914