Ustaz Dato' Nahrawi 161023

Kuliah Maghrib

• Tiga golongan yang dibenci Allah SWT
   - orang tua yang berzina
   - pemimpin yang suka berbohong
   - orang miskin yang sombong
Mereka akan disiksa dengan beratnya didalam neraka. Perlulah bagi mereka untuk bertaubat untuk mendapat keampunan Allah SWT.

• Seorang pemimpin perlulah berlaku adil sebagaimana amanah yang diberikannya kepadanya. Pemimpin adalah seluruh lapisan kepimpinan. Samada peringkat negara, daerah, pejabat, masjid dan sehingga lah keluarga sendiri.

• Allah Azzawajalla berfirman...
  - Kemuliaan adalah sarung KU
  - Kesombongan adalah selendang KU

Sesiapa yang mencabut dariKU salah satu dari kedua-dua akan disiksa.

• Allah SWT memberi peringatan kepada hamba NYA supaya tidak sombong. Serta merendah diri.

• Diriwayatkan ada seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan diri, rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong. Tiba tiba Allah SWT membenamkan dirinya kedalam bumi hingga hari kiamat.

• Pengajaran bagi kita bahawa tidaklah boleh sesaorang itu berlagak sombong. Kemungkinan disiksa semasa didunia lagi. Apatah lagi diakhirat nanti.

• Manusia yang sombong dan bongkak akan ditimpakan bahaya daripada Allah SWT. Orang yang beriman perlulah beringat akan balasan kepada sesiapa yang berlaku sombong.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914