Ustaz Shamsuddin 211023

Kuliah Subuh

• Tanda seseorang itu mencintai kepada Allah SWT dengan sepenuhnya ialah dia tidak mengharap balasan diatas amalannya. Ia tahu yang Allah SWT akan senantiasa memelihara dirinya. Apa sahaja yang ditetapkan NYA pastilah yang terbaik.

• Sesaorang yang terlalu mengharap dan meminta-minta tanpa mengikut adap yang ditetapkan ajaran Rasulullah SAW adalah perbuatan yang hanya sebenarnya mencintai diri sendiri.

• Para sahabat yang dididik oleh Baginda Rasulullah SAW mereka mencintai kepada Allah SWT sehingga mereka sanggup mati demi menegakkan agama NYA dialam ini. Mereka juga memberi segala harta bendanya dan segalanya.

• Jadi sesaorang yang berusaha untuk membesarkan kecintaan diri kepada NYA perlulah belajar jangan hanya meminta-minta tanpa sanggup memberi. Apabila melakukan amalan solat perlulah di ikhlas dengan mengerjakan dengan penuh khusyuk. Pahala mengerjakan amalan solat itu adalah ketentuan Allah SWT. Tidak perlu 'calculate' berapa pahala kerana melakukan amalan itu. Kerana jika solat dilakukan semata-mata kerana pahala ia mungkin hilang kemanisan solat itu. Tidak khusyuk.

• Begitu juga ada kisah seorang qari yang melakukan amalan membaca Qur'an dengan penuh kesempurnaan. Bila ditanya adakah bacaan dia kerana hendak memenangi pertandingan, dia menjawab tidak. Ia lakukan kerana mahu orang yang mendengar alunan Quran itu meminati untuk mempelajari Al Quran. Begitulah jika seseorang itu mencintai kepada Allah SWT tidaklah dia mengharap selain daripada keredhaan NYA.

• Seorang wali Ibrahim Adham pernah meminta ketenangan hati kepada Allah SWT. Setelah itu ia bermimpi dimana ia ditegur akan permintaan tersebut. Allah SWT tahu apa yang dikehendaki hamba NYA. Lakulah amalan kerana Allah SWT semata-mata. Tidak mengharap balasan yang tertentu. Lakukanlah amalan dengan secara ikhlas.

• Apabila sesaorang itu mencintai Allah SWT, perbuatan itu tidaklah diharapkan oleh NYA. DIA tidak memerlukan apa-apa daripada hamba Nya. Kebaikan amalan hamba itu adalah untuk kebaikan dirinya.

• Cahaya iman itu adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya yang ikhlas menghambakan diri kepada NYA.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914