Ustaz Dato' Nizam 241023

Kuliah Maghrib

• Fardhu Solat

- Solat difardukan pada tahun kesembilan kenabian Baginda Rasulullah SAW. Tahun itu juga Baginda kehilangan bapa saudaranya tanpa beriman, kematian isterinya. Tahun itu juga Baginda ditolak dakwahnya.

- Disatu malam Jibrail membawa dengannya satu kenderaan bernama Buraq yang dibuat daripada cahaya. Sepintas kilat. Satu saat bergerak 186 ribu batu.

- Dibawa Baginda SAW daripada Masjidil Haram ke Masjidil Al Aqsa. Kemudian dibawa keatas langit. Sidratul Muntaha - Melalui  'Araj Allah SWT. - Hingga bertemu NYA disatu tempat yang tidak bertempat. (diluar jangkaan pemikiran makhluk)

- Diriwayatkan bahawa Baginda mengucapkan kepujian kepada Allah SWT. DIA memberi salawat keatas Rasulullah SAW. Baginda juga ucapkan keselamatan keatas segala umat yang Soleh. Disambut para malaikat dengan ucapan syahadah.

- Kemudian sebelum kembali ke langit yang bawah, Baginda diperintahkan fardhu Solat. Bermula dengan 50 solat sehari. Baginda mohon diturunkan sehingga 5 solat sehari.

- Pentingnya solat sehingga diperintahkan Allah SWT kepada Baginda Rasulullah SAW secara terus. Tidak secara wahyu seperti ibadah yang lain.

• Fardhu Ain
   - ilmu tauhid
   - ilmu fiqah
   - ilmu tasawwuf

• Sesaorang yang mendirikan fardhu secara sempurna akan jauhlah dia daripada perbuatan dosa.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914