Ustaz Zul

Kuliah Maghrib

• Ustaz Zul ini adalah bekas pemain muzik. Kini dia dengan rahmat Allah SWT telah berubah.

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2016/09/01/zul-handy-black

• Allah SWT menjadikan umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang terbaik. Kerana mereka mengajak orang kearah kebajikan dan mencegah manusia daripada kejahatan.

• Sebagai umat Nabi Muhammad SAW hendaklah kita bersyukur. DIA boleh jadikan kita sebagai umat Nabi-nabi yang terdahulu. Tetapi dengan Rahmat NYA dijadikan kita umat Nabi Muhammad SAW. Yang akan didahulukan diakhirat nanti.

• Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT agar ditangguhkan segala azab didunia ini hingga hari akhirat nanti kepada umatnya. Sehingga pada hari ini ada orang yang melakukan amalan yang mencabar kekuasaan NYA. Tidak ramai yang bersyukur.

• Sebagai seorang mukmin perlulah kita berdakwah. Mengajak manusia beriman kepada Allah SWT dengan secara yang kita mampu.

• Sesiapa yang menghidupkan sunnah Baginda Rasulullah SAW akan diberi tujuh puluh kali pahala. Begitu nikmatnya menjadi umat Baginda Rasulullah SAW.

• Baginda Rasulullah SAW Nabi Muhammad adalah seorang yang hebat. Dari segi fizikal dan juga amalan nya. Hingga para sahabat berebut untuk menghidupkan sunnah Baginda.

• Sesiapa yang kuat iman dan banyak melalukan amalan sunnah Baginda SAW maka hidupnya dapat Rahmat NYA.

• Ustaz menceritakan bagaimana susahnya ujian yang perlu dihadapinya untuk berubah daripada seorang artis kepada salah seorang jemaah tabligh.

• Ustaz berubah diatas nikmat yang diberikan Allah SWT kepadanya kerana diketemukan dia dengan guru Maulana yang banyak ilmunya. Kini hidupnya berubah dengan lebih baik kearah penghayatan agama yang berpegang kuat diatas prinsip iman dan amal.

• Orang yg beriman hendaklah selalu mempertingkatkan kefahaman agamanya dengan peningkatan ilmu. Faham bagaimana Allah SWT dengan kebesaran dan kekuatan NYA yang maha melihat dan mendengar, tahu apa yang ada dihadapan dan dibelakang setiap makhluk NYA.

• Orang yg beriman perlulah sentiasa berfikir akan kehidupannya setelah mati. Bagaimana hidupnya dialam Barzah? Bagaimana hidupnya diakhirat kelak? Dimana tempatnya? Syurga? Neraka?

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914