Ustaz Haslam 171023

Kuliah Maghrib

• Amalan untuk sesaorang ingin zuhud daripada dunia...
- ingat kepada kematian
- hati yg mencintai Allah SWT
- hati yg mencintai Rasulullah SAW

• Mus'ab Umair
Sebelum memeluk Islam, Mus'ab merupakan golongan cendekiawan Makkah dan sering dijemput ke mesyuarat para pemimpin Makkah yang ketika itu dihadiri oleh Abu Jahal, Abu Sufyan ibn Harb dan para bangsawan yang lain. Selepas memeluk Islam melalui Arqam ibn Abi Al-Arqam, Mus'ab kemudiannya bertukar watak menjadi zuhud dan warak.[2] Antara dugaan beliau adalah mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri sehinggakan beliau dikurung di dalam rumah dan dijaga oleh pengawal.[3] Bagi mengelakkan seksaan, Mus'ab berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali.

• Amalan yang memberi kemanisan iman
  - hati yg mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW
  - mencintai seseorang kerana Allah SWT
  - benci kekufuran sebagai ia benci memasuki ke dalam neraka.

• Diberi kemanisan iman oleh Allah SWT adalah kekuatan sesaorang itu untuk terus mengerjakan amal ibadah.

• Ada satu kisah tentang keadaan Mu'adz bin Jabal sesaat sebelum menemui ajalnya.

Sesungguhnya ketika akan meninggal dunia, Mu'adz menangis. Kawannya lantas bertanya kepadanya, "Apa yang membuat engkau menangis, wahai Mu'adz?"

"Aku tidak takut sakitnya sakaratul maut," jawab sang sahabat Nabi SAW, "tetapi yang aku tangisi adalah diriku yang tidak akan bisa lagi berjihad fii sabiilillah, dan berpisah dengan orang-orang yang dikasihi."

• Orang yang Soleh mereka merasa kemanisan iman dan dengan sebab itu juga mereka merasa kemanisan melalukan ibadah yang cukup banyak.

• Saidina Abu Bakar RA merupakan seorang sahabat yang mendapat pujian Baginda Rasulullah SAW. Darjat Abu Bakar melebihi kesemua para sahabat dihari akhirat nanti. Ini disebabkan oleh kerana tingginya kecintaan beliau kepada Allah SWT dan Baginda Rasulullah SAW.

• Saidina Umar al-Khattab menceritakan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat pernah melalui keadaan yang tiada makanan. Sehingga mereka ada yang memakan rumput.

• Abu Hurairah pernah mengatakan bahawa Baginda Rasulullah SAW hidupnya melalui kesusahan. Tidak pernah Baginda melihat kambing bakar apa lagi memakannya. Baginda tidak pernah makan hingga kenyang.

• Wassalam. 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914