Ustaz Ghazali Omar 301023

Kuliah Maghrib

• Bangun solat malam adalah satu amalan yang digalakkan

• Dirikanlah solat Qiamullail dengan bersungguh sungguh. Sambil berdoalah kepada Allah SWT dengan sepenuh hati.

• Berdoa dengan doa yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith adalah yang terbaik. Tetapi tidaklah salah jika berdoa dengan bahasa yang kita faham. Asalkan datang dari hati yang ikhlas.

• Rasulullah SAW bersabda: "Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya." (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)

• Disarankan apabila selesai solat malam berdoa dan beristighfar.

• Kelazatan mengerjakan solat Qiamullail melebihi daripada ibadah yang lain. Kerana jika sesaorang itu melakukan ibadah kerana keinginan hatinya yang ikhlas.

• Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Surah al-Isra' Ayat 79

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914