Ustaz Luqman Daud 151023

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman sewajarnya melakukan ibadah yang telah ditentukan Allah SWT. Selagi dia masih hidup maka dibolehkan melalukan ibadah. Apabila mati kelak tidak lagi dikehendaki beribadah.

• Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dengan penuh kesukaan oleh kaum keluarga Baginda. Termasuklah bapa saudara Baginda ia itu Abu Lahab.

• Tetapi setelah Baginda dipilih menjadi Rasulullah bapa saudaranya Abu Jahal menjadi penentang utamanya. Jahatnya Abu Jahal hingga Allah SWT menurunkan ayat Quran mencelanya.

• Sebagai seorang yang beriman hendaklah kita hendak mengenali Baginda Rasulullah SAW. Mencintai Baginda melebihi cintanya daripada dirinya sendiri. Dengan mendirikan sunnah dan suruhan Baginda.

• Para sahabat melakukan ibadah sepertimana Baginda melakukannya. Salah seorang sahabat yang cukup menjaga sunnah Baginda Rasulullah SAW adalah Abdullah bin Umar. Anak lelaki Saidina Umar al-Khattab.

• Didalam liputan sejarah, tidak ada orang yang kehidupannya direkodkan sepertimana para sahabat merekodkan sunnah Baginda Rasulullah SAW. Hadith-hadith yang diriwayatkan mencangkupi segala aspek kehidupan nya.

• Baginda Rasulullah SAW adalah seorang model untuk sesiapa yang mencari kejayaan hidup didunia dan diakhirat. Kerana segala perbuatan Baginda diredhai oleh Allah SWT. Sesiapa yang melakukan sunnah Baginda walaupun kecil sahaja pada akhirat kelak akan mendapat ganjaran di akhirat. Diakhirat nanti pasti akan mengembirakan sesaorang itu.

• Makan dengan tangan kanan adalah satu sunnah Baginda Rasulullah SAW. Begitu juga Rasulullah SAW memakai cincin ditangan kanan. Maka para guru ada yang memesan agar muridnya memakai jam dengan tangan kanan.

• Memasuki masjid dengan kaki kanan juga merupakan satu sunnah. Sekira perlu menaiki tangga maka sunnah memulakan dengan kaki kanan, dan juga sebelum masuk masjid pastikan dengan kaki kanan.

• Para sahabat serta ulamak memastikan cara mereka berwuduk mengikut sunnah Baginda Rasulullah SAW.

• Diriwayatkan satu peristiwa dimana seorang perompak melakukan sunnah puasa sunat. Lama kemudian dia bertaubat daripada perbuatan mencuri dan merompak. Ditanya kenapa? Dia menyatakan amalan puasa sunat itulah yang mengubah hatinya daripada melakukan maksiat serta bertaubat.

• Sebagai seorang yang beriman perlulah menjaga sunnah Baginda Rasulullah SAW didalam kehidupan harian kita. Agar diakhirat nanti sunnah itu dapat menyelamatkan kita dari api neraka.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914