Posts

Showing posts from January, 2022

Ustaz Ghazali Omar 290122

Kuliah Maghrib • Pada hari Jumaat sesiapa yg datang ke masjid awal untuk bersolat Fardhu Jumaat akan mendapat ganjaran yang banyak. • Digalakkan memperbanyakkan amal Soleh kerana ganjaran yang berlebih lebihan. • Berdoa pada hari Jumaat dimakbulkan doa hamba NYA. Terutama sewaktu khatib menaiki untuk berkhutbah. • Tetapi saat yang terismewa dimana doa yang paling mustajab dirahsiakan. Maka lebih baik diperbanyakkan doa. • Digalakkan memperbanyakkan sedekah pada hari Jumaat. Beri makanan kepada sebanyak orang yang mampu. • Berbaik dengan penuh kemesraan kepada orang ramai pada hari Jumaat. • Pentingnya melakukan kegiatan dakwah serta menceritakan akan kebaikan agama Islam kepada masyarakat yang bukan muslim. • Hari Jumaat sepatutnya diberikan fokus kepada hal ehwal ibadat agama. Lakukan sebanyak mungkin akan aktiviti  keagamaan. • Yakinlah bahawa pada hari Jumaat itu terdapat banyak ruang untuk mendapatkan pahala yang banyak. Tidak harus ada orang mukmin melepaskan peluang keemasan ini.

Ustaz Abdul Malik 290122

Kuliah Subuh • Manusia tanpa hidayah akan sesat • Surah An'aam 125. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. • Orang yang tidak mendapat hidayah jiwanya tidak tenteram. Walaupun kaya raya tetapi tidak tenang hidupnya. • Mereka tidak senang dengan hukum Allah SWT. Melihat segala ajaran Islam sebagai satu yang susah. Memandang daripada sudut negatif sahaja. • Bagi orang yang beriman apabila dia membaca Qur'an jiwanya merasa tenang. Suka untuk terus membaca. Tetapi yang tidak beriman merasa susah. • Surah Al Qasas 56. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau k

Ustaz Abdul Halim 230122

Kuliah Subuh • Orang yang benar dan ikhlas tidak mengharap pujian manusia. • Tidak juga dia memberitahu orang lain akan amal kebaikan. • Dia juga tidak mengambil hati jika ada orang lain menegur kekurangan amalannya. • Segala kebajikan dan amal yang soleh dilakukan kerana Allah SWT sahaja. Tidak ada niat yang lain. Tidak pula nak menunjuk kepada orang lain. • Setiap amalan itu hendaklah ikhlas untuk mendapat keredhaan NYA. • Ibadat itu segala zahir dan batinnya sama sahaja. Tidak lalai bila melakukan ibadat. • Ibadah dilakukan tidak ada tujuan lain. Hanya kerana mengikut perintah Allah SWT. Tidak mempersekutukan NYA dengan yang lain. • Orang yang pintar dia juga cuba memahami surah surah didalam Al Quran. Terutama Surah Al Ikhlas. • Segala gerak gerinya dilakukan kerana Allah SWT. Hidupnya mengikut segala perintah Allah TYT. • Dilakukan ibadah itu secara berterusan hinggalah dia dapat merasakan kemanisan amalannya. • Jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang akan membawa kep

Ustaz Hafizullah 220122

Kuliah Maghrib • Allah SWT telah mengmahsyurkan manusia itu mulia kepada seluruh alam. • Manusia diberi kepandaian untuk meneroka alam ini dengan pelbagai kenderaan. • Kepandaian manusia juga diberi melebihi makhluk yang lain didunia. • Orang yang beriman menerima pemberian ini dengan penuh kesyukuran dan digunakan secara apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. • Allah SWT menyatakan bahawa manusia dijadikan dengan sebaik baiknya kejadian. • Manusia juga akan dihumbankan ke dalam neraka, tempat yang seburuk-buruk tempat. Melainkan mereka yang beriman dan beramal solih. • Allah SWT yang menjadikan manusia dengan paling termulia didalam alam ini. Tetapi manusialah yang menjatuhkan kemuliaan dirinya. Tanpa dianiaya. • Orang yang beriman menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang akan merosakkan dirinya. Hendaklah dia yakin bahawa manusia itu adalah sebaik baiknya kejadian. Maka kenapa hendak dimuliakan makhluk yang lain. Seperti jin dsb. • Didalam Al-Quran diwahyukan diakhirat nanti I

Ustaz Jihad 220122

Kuliah Subuh • Orang yang beriman hendaklah berwaspada dengan tipu daya iblis dan syaitan. • Tipu daya iblis dan syaitan akan membawa kedalam neraka. • Menghasut manusia untuk membuat amalan. Terutama amalan bersedekah. • Sedekah merupakan satu amal yang mudah untuk orang yang beriman memasuki syurga. • Ia mengajak manusia bersikap kedekut. Walhal sifat bakhil itu dikeji Allah SWT. • Satu lagi sifat yang iblis suka menghasut adalah sifat marah. Kerana bila marah manusia akan melakukan maksiat. • Rasulullah SAW menyatakan bila marah perlulah sesaorang itu mengawal situasi. Bila berdiri hendaklah duduk dsb. • Sifat gopoh merupakan satu sifat yang dihasut iblis. Kerana bila sifat gopoh banyak kesalahan dilakukan. • Sikap itu juga membawa kepada fitnah dan memutuskan silaturrahim. • Orang yang selalu bersedekah akan dipermudahkan mendapat keampunan Allah SWT. Kerana sikap ini membenarkan imannya kepada Allah SWT. • Sedekah juga dapat mengurangkan kemurkaan Allah SWT kepada sesaorang. Serta

Ustaz Rahim Nasir 110122

Kuliah Maghrib • Firman Allah SWT didalam Surah Ali-Imran ayat 133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; • Orang yang beriman diperintahkan untuk memohon keampunan dengan SEGERA. • Mohon ampun ini diberi peluang semasa sesaorang itu masih hidup. • Bila sudah mati, pintu taubat telah ditutup. Jadi perlulah disegerakan bertaubat sebelum tamat hayat atau waktu taubat ditutup setelah dekat hari Qiamat. • Dosa tidak terlepas daripada semua orang. Perlulah sesaorang itu sedar akan perbuatan maksiat serta bertaubat daripada nya. • Menjadi satu kerisauan apabila seseorang itu tidak hirau apabila dia melakukan dosa. Tidak merasa bersalah bila dia berdosa. • Dizaman ini peluang melakukan maksiat luas terbuka. Perlulah sesaorang itu berhati hati. • Peluang bertaubat diberi kepada orang yang beriman kerana Allah SWT men

Ustaz Shamsuddin 090122

Kuliah Subuh • Rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya hendaklah diterima dengan beradab. • Setiap apa rezeki yang diterima walaupun diberi oleh orang lain, tetapi yang hakikatnya pemberian itu daripada Allah SWT. • Orang yang beriman apabila dia mendapat rezeki walaupun secara asbab diatas usahanya atau pengajian diatas kerjanya dan lain-lain perlu yakin bahawa rezeki tersebut adalah daripada Allah SWT. • Rezeki itu perlulah didapatkan secara halal. Sekiranya sumber itu haram maka jangan sekali-kali diterimanya. • Mencari rezeki yang halal itu hukumnya wajib, fardhu Ain. • Sekiranya rezeki yang halal itu didatangkan tanpa apa-apa asbab, dinamakan tajrid didalam tasawwuf. • Rezeki tajrid itu didatangkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Anugerah Allah SWT. • Jika sesaorang itu menilai akan sumber rezekinya ternyata akan berjumpa dengan rezeki tajrid. Rezeki itu datang tanpa asbab. • Rezeki tajrid dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya yang baik, amanah, jujur. • Menerima

Ustaz Nizam Kadir 080122

Kuliah Subuh • Didalam mahzab sunnah Waljamaah memuliakan isteri- isteri Rasulullah SAW. Mereka merupakan ahli keluarga nya. • Para isteri Baginda Rasulullah SAW kedudukan mereka adalah sebagai ibu kepada semua orang mukmin. • Harus berwaspada pada ajaran Syiah yang menghina isteri- isteri Rasulullah SAW. Ini bertentangan dengan Nas Al-Quran. • Kaum Sunni menyebut Radhiallah huanha, Semoga Allah SWT memuliakan mereka, selepas menyebut nama isteri Baginda. Ia itu memuliakan mereka. Tetapi puak Syiah menyebut Laknatullah huanha. Allah SWT melaknat akan Aisyah isteri Baginda. • Semasa hayat Baginda SAW pihak kaum munafiq pernah memfitnahkan Saidatina Aisyah RA. Tetapi Allah SWT mewahyukan akan kesucian Saidatina Aisyah. • Orang yang menghinakan akan Isteri- isteri Baginda dianggap sebagai kafir. Ini pandangan beberapa ulama. • Isteri- isteri Baginda SAW adalah pasangan nya didunia dan juga diakhirat. • Mereka merupakan sumber ilmu. Yang banyak mengkhabarkan perihal Baginda SAW dengan ahli