Ustaz Hafizullah 220122

Kuliah Maghrib

• Allah SWT telah mengmahsyurkan manusia itu mulia kepada seluruh alam.

• Manusia diberi kepandaian untuk meneroka alam ini dengan pelbagai kenderaan.

• Kepandaian manusia juga diberi melebihi makhluk yang lain didunia.

• Orang yang beriman menerima pemberian ini dengan penuh kesyukuran dan digunakan secara apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

• Allah SWT menyatakan bahawa manusia dijadikan dengan sebaik baiknya kejadian.

• Manusia juga akan dihumbankan ke dalam neraka, tempat yang seburuk-buruk tempat. Melainkan mereka yang beriman dan beramal solih.

• Allah SWT yang menjadikan manusia dengan paling termulia didalam alam ini. Tetapi manusialah yang menjatuhkan kemuliaan dirinya. Tanpa dianiaya.

• Orang yang beriman menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang akan merosakkan dirinya. Hendaklah dia yakin bahawa manusia itu adalah sebaik baiknya kejadian. Maka kenapa hendak dimuliakan makhluk yang lain. Seperti jin dsb.

• Didalam Al-Quran diwahyukan diakhirat nanti Iblis mengaku yang dia telah lama kufur kepada Allah SWT. Dan dia tidak pernah redha kepada manusia yang melakukan perkara yang syirik kepada Allah SWT.

• Hari ini seluruh manusia dilahirkan setelah Al Quran diturunkan. Dan apabila dia mati Al Quran itu masih wujud. Jadi mengapa masih ada manusia yang kufur kepada Allah SWT. Kenapa sombong sangat daripada mengetahui isi wahyu yang telah diturunkan kepada Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu.

• Janji Allah SWT itu benar.

• Surah Ibrahim ayat 22. Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914