Ustaz Rahim Nasir 110122

Kuliah Maghrib

• Firman Allah SWT didalam Surah Ali-Imran ayat 133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

• Orang yang beriman diperintahkan untuk memohon keampunan dengan SEGERA.

• Mohon ampun ini diberi peluang semasa sesaorang itu masih hidup.

• Bila sudah mati, pintu taubat telah ditutup. Jadi perlulah disegerakan bertaubat sebelum tamat hayat atau waktu taubat ditutup setelah dekat hari Qiamat.

• Dosa tidak terlepas daripada semua orang. Perlulah sesaorang itu sedar akan perbuatan maksiat serta bertaubat daripada nya.

• Menjadi satu kerisauan apabila seseorang itu tidak hirau apabila dia melakukan dosa. Tidak merasa bersalah bila dia berdosa.

• Dizaman ini peluang melakukan maksiat luas terbuka. Perlulah sesaorang itu berhati hati.

• Peluang bertaubat diberi kepada orang yang beriman kerana Allah SWT mencipta syurga untuk hambaNya sebanyak mungkin. Dan syurga itu dijadikan seluas-luasnya.

• Luasnya syurga sebesar-besar langit dan bumi. Tidak mungkin dibayangkan semasa hidup didunia.

• Syurga itu disediakan hanyalah kepada hamba-Nya yang bertaqwa.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914