Ustaz Abdul Halim 230122

Kuliah Subuh

• Orang yang benar dan ikhlas tidak mengharap pujian manusia.

• Tidak juga dia memberitahu orang lain akan amal kebaikan.

• Dia juga tidak mengambil hati jika ada orang lain menegur kekurangan amalannya.

• Segala kebajikan dan amal yang soleh dilakukan kerana Allah SWT sahaja. Tidak ada niat yang lain. Tidak pula nak menunjuk kepada orang lain.

• Setiap amalan itu hendaklah ikhlas untuk mendapat keredhaan NYA.

• Ibadat itu segala zahir dan batinnya sama sahaja. Tidak lalai bila melakukan ibadat.

• Ibadah dilakukan tidak ada tujuan lain. Hanya kerana mengikut perintah Allah SWT. Tidak mempersekutukan NYA dengan yang lain.

• Orang yang pintar dia juga cuba memahami surah surah didalam Al Quran. Terutama Surah Al Ikhlas.

• Segala gerak gerinya dilakukan kerana Allah SWT. Hidupnya mengikut segala perintah Allah TYT.

• Dilakukan ibadah itu secara berterusan hinggalah dia dapat merasakan kemanisan amalannya.

• Jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang akan membawa kepada sifat riak, ujub dan membanggakan dirinya.

• Tanda tanda keikhlasan adalah dia tidak ambil kisah apa yang dicakapkan oleh orang lain, tidak menceritakan kebaikannya, setiap ibadahnya kerana mengharapkan ganjaran Allah SWT. Merindui syurga Allah SWT.

• Setiap amalan hendaklah ikhlas kerana Allah SWT. Kerana segala amalan yang tidak ikhlas itu ditolak. Rugi sahaja segala perbuatan nya. Diakhirat kelak amat menyesal.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914