Posts

Showing posts from September, 2023

Forum Perdana Maulidur Rasul 280923

Masjid AL Huda Shah Alam S19 • Moderator: Ustaz Fazrul • Ahli Panel: Ustaz Fairuz, Ustaz Zainal • Baginda Rasulullah SAW sebelum menerima wahyu, pergi mengasingkan diri untuk berfikir. Bagaimana hendak mengubah masyarakat jahiliyyah. • Permulaan wahyu kepada Baginda Rasulullah SAW adalah Iqra'. Ia itu membaca. Hari ini kita wajib membaca Al Quran. • Sebelum dilantik menjadi Rasul, baginda digelar Al amin. Tetapi setelah baginda membawa risalah Islam dia dipermusuhkan. Oleh demikian baginda diperintahkan berhijrah ke Madinah. • Di Madinah pula musuh baginda tidak zahir. Baginda berhadapan dengan orang-orang yang munafiq. Mengaku beriman dihadapan baginda tetapi dibelakang nya difitnahkan risalah Islam. • Baginda Rasulullah SAW meninggal kepada umatnya adalah dua perkara. Ia itu Al Quran dan Hadith. Sesiapa yang berpegang kepada kedua perkara itu tidak akan sesat Selama- lamanya. • Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan ha

Ustaz Hamizan 270923

Kuliah Maghrib • Orang yang bersifat hasad akan mendapat kecelaan orang. Dirinya tidak mendapat ketenangan. • Ustaz menceritakan ada satu keluarga yang datang kepadanya untuk dirukyah. Didapati ada orang yang berhasad kepada bapa keluarga tersebut tetapi disihirkan anak perempuannya. Begitulah sesatnya orang yang mengikut nafsu hasadnya. • Perbuatan irihati terhadap rezeki orang lain seakan mencabar qada' dan qadar Allah SWT. Boleh membawa seseorang itu kedalam situasi perbuatan syirik. • Perbuatan hasad dengki merugikan sesaorang itu. Dia tidak mendapat taufik. Amalannya ditolak. Muflis dia dihari akhirat nanti. • Sayyidina Usman bin Affan r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda. " Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali pada waktu petang maka sehingga ke pagi tidak akan ditimpa  oleh apa-apa musibah secara mengejut. Jika dia membaca doa ini pada waktu pagi maka sehingga ke malam dia tidak akan ditimpa apa-apa musibah  secara mengejut" Doa itu ialah:

Ustaz Suhaimi 230923

Kuliah Subuh • Qur'an: Al-Baqara (2:286) لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖAllah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang

Ustaz Haslam 190923

Kuliah Maghrib • Zuhud daripada dunia dapat tercapai dengan memperbanyakkan mengingati akan hari kembali kerahmatullah. • Perlulah ada rasa takut kepada kemurkaan Allah SWT. Takut akan kemungkinan yang akan terjadi kepada diri sekiranya DIA tidak sempat bertaubat akan dosa dosa yang banyak dikerjakan semasa hidup didunia. Takut akan azab siksaan api neraka yang sungguh perik kesakitan nya. • Hamba yang ada rasa takut kepada Allah SWT, maka kemungkinan dia selamat diakhirat nanti. • Rasa takut tersebut akan menghalangnya daripada terbabit didalam perbuatan maksiat. Walaupun ketika meninggalkan maksiat tersebut tidak dilihat atau diketahui oleh sesiapun. • Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam beliau berkata; "Ada seseorang yang berlebihan terhadap dirinya sendiri. Ketika ajalnya datang dia berwasiat kepada anak-anaknya. Ia berkata; Apabila aku mati maka bakarlah aku, kemudian tumbuk dan buang (abunya) di tengah angin laut. Demi Allah,

Ustaz Dato' Nahrawi 180923

Kuliah Maghrib • Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا Maksudnya: "Apabila salah seorang daripada kamu makan, maka janganlah dia menyapu tangannya melainkan setelah dia menjilatnya atau dijilatnya." [Riwayat al-Bukhari (5456) dan Muslim (2031)] • Imam al-Thabarani: رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثِ: بِالْإِبْهَامِ، وَالَّتِي تَلِيهَا، وَالْوُسْطَى، ثُمَّ رَأَيْتُهُ يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا، وَيَلْعَقُ الْوُسْطَى، ثُمَّ الَّتِي تَلِيهَا، ثُمَّ الْإِبْهَامَ Maksudnya: "Aku telah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Kemudian, aku juga telah melihatnya menjilat tiga jarinya sebelum menyapunya (membersihkannya). Baginda SAW menjilat jari tengah, kemudian selepas daripada itu (jari telunjuk) dan juga ibu jari. [Riwayat al-Thabarani di

Ustaz Shamsuddin 160923

Kuliah Subuh • Orang yang beriman hendaklah mempunyai sifat tawaduk. Melawan nafsu yang selalu bongkak dan sombong. Sifat tawaduk adalah sifat berlawanan dengan sombong. Sama lah berlawanan dengan nafsu. • Orang-orang yang soleh dan para wali mempunyai sifat tawaduk secara semulajadi. Mereka memupuk sifat tersebut dengan ilmu dan amalan mereka. Sudah menjadi ' natural '. • Bagi orang yang soleh kehidupan mereka dan amalannya semata-mata mengharap keredhaan Allah SWT. Mereka secara berterusan melakukan ibadat kepada Allah SWT. Apa sahaja yang terdapat dalam dirinya adalah kerana kurnia Allah SWT. Sedar yang diri manusia tidak ada apa-apa pun melainkan dengan kehendak NYA. Penglihatan dan pendengaran adalah kerana diizinkan NYA. Kesedaran inilah merupakan sebab timbulnya sifat tawaduk orang yang soleh. • Darjat keimanan para wali-wali adalah tinggi. Kehidupan mereka adalah semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah SWT. Amalan mereka membawa mereka dekat dengan Allah SWT. Pengli

Ustaz Muhaimin 150923

Kuliah Maghrib • عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ Dari Anas r.a. ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya." (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih • Orang yang beriman hendaklah berusaha untuk menanam didalam jiwanya untuk mencapai tahap kecintaan pada Rasulullah SAW dan Allah SWT melebihi segala cinta yang lain. • Rasa cinta akan keluar daripada jiwa seseorang itu apabila terdapat perkara-perkara yang tersebut ini.    - kecantikan. Baginda Rasulullah SAW diriwayatkan yang sifat zahir Baginda itu cantik.    - kesempurnaan. Apa sahaja yang sempurna akan memikat hati seseorang. Sifat yang sempurna juga dapat menarik hati. Begitu juga dengan sifat Baginda Rasulullah SAW. Kesempurnaan diri dan akhlak baginda mem

Ustaz Lukmanul Hakim 120923

Kuliah Maghrib • Rasulullah SAW melarang para sahabat tertawa dengan berlebih -lebihan. • Bergurau secara sederhana dibenarkan oleh agama. Terdapat riwayat yang Baginda Rasulullah SAW juga bersenda gurau dengan sahabat & keluarganya. • Islam tidak membenarkan para mukmin melawak secara menjatuhkan maruah seseorang. • Baginda Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat jangan ketawa secara keterlaluan. Tetapi lakukan perkara yang lebih bermanfaat seperti ingat akan kematian dan hari akhirat. • Seorang yang beriman hendaklah beringat akan hari kebangkitan dihari akhirat. • Qur'an: Az-Zalzala (99:3) وَقَالَ الْاِنْسَانُ مَا لَهَاۚ Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Qur'an: Az-Zalzala (99:4) يَوْمَىِٕذٍ تُحَدِّثُ اَخْبَارَهَاۙ Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: • Qur'an: Yaseen (36:65) اَلْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلٰٓى اَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَآ اَيْدِيْهِمْ وَتَشْهَدُ اَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوْا يَكْسِ

Ustaz Rahmatullah 110923

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman perlulah menjaga dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada dosa kecil. Jika dilakukan dengan secara berterusan akan menjadikan perbuatan itu sama seperti melakukan dosa besar. • Orang yang beriman yang melakukan dosa besar akan segera merasa kesal dan memohon keampunan. Tetapi ramai yang melakukan dosa kecil memandang perbuatan itu 'small matter' sahaja. Tidak rasa kesal. • Walaupun yang dilakukan itu adalah dosa kecil, tetapi jika dilakukan selalu akan memberi kesan kepada hatinya. Kesan yang negatif. • Apabila seseorang itu merasa nikmatnya bila dia melakukan dosa- dosa kecil. Maka keadaan itu samalah dengan dia melakukannya dosa besar. • Merasa bangga yang dia telah melakukan maksiat, perbuatan itu adalah satu dosa besar. • Samalah jika seseorang itu mewar-warkan kepada khalayak ramai akan perbuatan dosa kecilnya, maka perbuatan itu dianggap satu dosa besar. • Apabila Allah SWT menutup aib seseorang itu maka jang

Ustaz Shamsuddin 100923

Kuliah Subuh • Tawaduk boleh membawa seorang yang beriman menjadi takabbur. • Jika seseorang itu merasa dirinya bersifat tawaduk serta menyatakan yang sedemikian, pada hakikatnya dirinya sebenarnya bersifat takabbur. • Sebenarnya sifat tawaduk adalah bersifat merendahkan diri. Walhal nafsu hendak menonjolkan diri lebih tinggi daripada orang lain dengan sombong. Ini lah sifat takabbur. Maka sekiranya seseorang itu merasa yang dirinya bersifat tawaduk maka sikap demikian merupakan permulaan bibit takabbur. • Perbezaan manusia dengan haiwan adalah dengan ilmu dan cara hidup yang bersyara'. Jika manusia hidup tanpa mematuhi hukum syara' maka dia adalah sama tarafnya dengan kehidupan haiwan. Orang yang bersifat takabbur berlawanan dengan cara hidup seorang yang beriman, bercanggah dengan hukum syara'. Sifat seperti itu pada hakikatnya sama taraf seperti haiwan, berkemungkinan lebih rendah lagi. • Bagi sesaorang yang beriman jika dia hendak mencapai sifat tawaduk maka perlulah di

Ustaz Dr Nizam

Kuliah Subuh • Baru ini terdapat satu ajaran yang sesat. Menyatakan bahawa Muhammad itu Allah SWT. Sesiapa yang beriktikad sebegitu hukumnya kafir. • Doa adalah perbuatan sesaorang memohon kepada Allah SWT. Ia merupakan satu ibadah. • Syarat berdoa ialah memohon sesuatu hanya kepada Allah SWT. • Berdoa untuk kebaikan diri sendiri atau orang lain. Memohon sesuatu hajat. Memohon agar menolak sesuatu keburukan. • Walaubagaimanapun sekiranya seseorang itu yakin bahawa Qada' dan Qadar Allah telah ditetapkan maka dia tidak perlu berdoa. Tetapi dia perlu juga berdoa sebagai seorang hamba, kerana Allah SWT telah memerintahkan hambaNYA berdoa kepada NYA. • QS.Surat Al-Baqarah[2]:186 وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ (١٨٦) 186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan or

Ustaz Yusof 030923

Kuliah Subuh • Kemerdekaan dari segi agama adalah kebebasan untuk melakukan segala amal yang soleh dengan tidak ada ancaman atau sekatan. Dapat hidup mengikut kehendak Allah SWT dari segala segi yang dihukumkan. • Bersyukur kita kepada Allah SWT atas kemudahan dan kesenangan hidup di negara ini. Semoga ruang ini dapat kita melakukan amalan dengan sebaik-baiknya. • Hidup ini hendaklah mematuhi segala hukum syara'yang ditetapkan Allah SWT. • Surah Al Furqan ayat 67... وَالَّذِيْنَ اِذَآ اَنْفَقُوْا لَمْ يُسْرِفُوْا وَلَمْ يَقْتُرُوْا وَكَانَ بَيْنَ ذٰلِكَ قَوَامًا Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. • Diperintahkan orang yang beriman supaya mengendalikan hidup ini dengan secara yang sederhana didalam membelanjakan hartanya. • Setiap manusia mempunyai rezekinya yang tersendiri.