Ustaz Hamizan 270923

Kuliah Maghrib

• Orang yang bersifat hasad akan mendapat kecelaan orang. Dirinya tidak mendapat ketenangan.

• Ustaz menceritakan ada satu keluarga yang datang kepadanya untuk dirukyah. Didapati ada orang yang berhasad kepada bapa keluarga tersebut tetapi disihirkan anak perempuannya. Begitulah sesatnya orang yang mengikut nafsu hasadnya.

• Perbuatan irihati terhadap rezeki orang lain seakan mencabar qada' dan qadar Allah SWT. Boleh membawa seseorang itu kedalam situasi perbuatan syirik.

• Perbuatan hasad dengki merugikan sesaorang itu. Dia tidak mendapat taufik. Amalannya ditolak. Muflis dia dihari akhirat nanti.

• Sayyidina Usman bin Affan r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda. " Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali pada waktu petang maka sehingga ke pagi tidak akan ditimpa  oleh apa-apa musibah secara mengejut. Jika dia membaca doa ini pada waktu pagi maka sehingga ke malam dia tidak akan ditimpa apa-apa musibah  secara mengejut" Doa itu ialah:

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فىِ اْلاَرْضِ وَلاَ فىِ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعِ اْلعَلِيْمِ.

Dengan nama Allah S.W.T yang bersama nama-Nya itu apa-apa sahaja di bumi atau di langit tidak boleh memberi mudarat dan Dialah zat yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui' (Hadith riwayat Abu Daud)

• Doa diatas adalah usaha sesaorang yang beriman agar dihindari daripada perbuatan hasad orang kepada dirinya.

• Untuk memiliki akhlak yang baik, ada doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

اَللَّهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الأَخْلَاقِ، لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ

Artinya: "Ya Allah, bimbimbinglah diriku pada akhlak paling terpuji karena tidak ada yang dapat membimbing kepadanya kecuali Engkau. Palingkanlah aku dari akhlak yang buruk karena sungguh tidak ada yang dapat memalingkannya dariku kecuali Engkau."

• Baginda Rasulullah SAW sayang kepada setiap umatnya. Diajarnya berbagai ilmu agar setiap mukmin hidupnya selamat dunia dan akhirat.

• Hendaklah setiap mukmin memperbanyakkan selawat keatas Baginda. Serta menimba ilmu hadis agar seseorang yang beriman mendalami didalam kefahaman ilmu agamanya.

• Sesaorang yang beriman hendaklah mempunyai akhlak yang baik. Serta menjauhkan diri daripada sifat kikir dan bakhil. Kerana itu bukanlah sifat para sahabat yang dididik oleh Baginda Rasulullah SAW. Seperti Saidina Usman yang banyak menginfakkan hartanya kepada kebaikan masyarakat mukmin.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914