Ustaz Shamsuddin 160923

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman hendaklah mempunyai sifat tawaduk. Melawan nafsu yang selalu bongkak dan sombong. Sifat tawaduk adalah sifat berlawanan dengan sombong. Sama lah berlawanan dengan nafsu.

• Orang-orang yang soleh dan para wali mempunyai sifat tawaduk secara semulajadi. Mereka memupuk sifat tersebut dengan ilmu dan amalan mereka. Sudah menjadi ' natural '.

• Bagi orang yang soleh kehidupan mereka dan amalannya semata-mata mengharap keredhaan Allah SWT. Mereka secara berterusan melakukan ibadat kepada Allah SWT. Apa sahaja yang terdapat dalam dirinya adalah kerana kurnia Allah SWT. Sedar yang diri manusia tidak ada apa-apa pun melainkan dengan kehendak NYA. Penglihatan dan pendengaran adalah kerana diizinkan NYA. Kesedaran inilah merupakan sebab timbulnya sifat tawaduk orang yang soleh.

• Darjat keimanan para wali-wali adalah tinggi. Kehidupan mereka adalah semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah SWT. Amalan mereka membawa mereka dekat dengan Allah SWT. Penglihatan mereka sentiasa tertumpu akan kewujudan NYA. Apa yang dilihat akan kembali kepada pencipta NYA. Itulah paradigma mereka. Hati mereka sentiasa melihat sifat- sifat kebesaran dan keagungan Allah SWT. Paradigma inilah yang membawa mereka sentiasa bersifat tawaduk. Tunduk nafsu mereka.

• Kebanyakan orang amalan mereka dipengaruhi oleh keadaan setempat. Persekitaran luaran dapat mempengaruhi pemikiran dan perasaan jiwa sesaorang. Lain dengan orang- orang yang soleh. Prinsip hidup mereka dikawal oleh nilai kehambaan yang ada didalam kotak pemikirannya. Dimana sahaja mereka berada minda dan jiwa mereka sentiasa sedar akan kebesaran Allah SWT. Kesedaran ini yang membawanya bersifat tawaduk.

• Orang yang soleh amalan- amalan mereka membawa mereka dekat dan dicintai Allah SWT. Dengan inilah ada para wali dianugerahkan Allah SWT sesuatu ilmu yang datangnya terus daripada NYA. Yang disebut sebagai ilmu laduni.

• Sifat tawaduk para solihin membawa mereka mempunyai paradigma yang berlainan daripada orang awam. Apabila mereka membaca Al Quran kefahaman ayat-ayat tersebut lebih mendalam. Dengan anugerah inilah ilmu yang berasaskan Al-Quran berkembang dari satu generasi kepada generasi yang lain, hinggalah sekarang ini.

• Sifat tawaduk itu adalah sesuatu yang penting bagi memupuk keimanan seseorang itu.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914