Ustaz Suhaimi 230923

Kuliah Subuh

• Qur'an: Al-Baqara (2:286)

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ

ࣖAllah tidak memberati seseorang
melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

• Saidina Umar RA berpesan agar menjaga ibadah sebelum terlambat. Semasa sihat sebelum ditimpa sakit. Semasa masih hidup sebelum dijemput Allah SWT kembali kepada NYA.

• Tiada siapa yang tahu bila dia akan mati. Maka perlulah dipersiapkan diri untuk menghadapinya.

• Setiap orang yang beriman perlulah menimba ilmu agama. Termasuk ilmu kekeluargaan. Mengenai bab nikah dan kahwin.

• Ada orang yang haram dikahwini oleh seorang mukmin. Orang yang bukan beriman dan bukan beragama Islam haram dikahwini. Perlulah orang yang bukan muslim itu memeluk ugama Islam dahulu.

• Haram dikahwini dengan sebab perkahwinan. Seperti berikut...
   - ibu tiri
   - nenek tiri
   - menantu
   - isteri cucu
   - ibu mertua
   - nenek mertua
   - anak tiri
Haram dikahwini selama-lamanya.

• Bekas isteri anak angkat dibolehkan untuk dikahwini.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914