Posts

Showing posts from July, 2009

Ustaz Zulkifli 060709

Kuliah Maghrib • Izzah, itu membawa erti kehebatan. Apabila dibawa kepada konteks Islam ia membawa erti satu kehebatan dari segi tamadun yang mengagungkan Allah SWT. Sifat Aziz yang ada pada NYA adalah kehebatan yang diluar gambaran dan kotak pemikiran manusia. Maha hebatnya Allah SWT sungguh tiada tandingan. • Al Mutakkabir adalah satu nama Allah SWT. Sifat yang terpuji yang tiada tandingannya. • Allah SWT berhak untuk memuji diriNYA. Sifat ini hanyalah pada tuhan yang esa. Tiada ada sesiapapun melainkan DIA yang berhak dipuji. • Manusia yang sombong sanggup memuji dirinya tetapi ia tahu bahawa ada kelemahan serta cacat & cela nya. Contoh saperti Firaun yang zalim. • Semasa didunia ini manusia apabila mendapat kekayaan dan kelebihan daripada manusia yang lain, maka akan timbullah sifat sombong. Tetapi sifat tersebut adalah sesuatu kelemahan. Ada ' ' 'Inferiority compex' yang timbul daripada satu sifat rasa yang ada sesuatu yang kurang pada dirinya

Ustaz Yussuf 050709

Kuliah Subuh • Menjadi saorang mukmin yang cemerlang perlulah menjadi orang yang bertakwa kepada Allah SWT. • Allah SWT membantu hambanya yang bertakwa dengan berbagai cara. Dengan perkara dan 'solution' hidup yang tidak diduga-duga. • Orang yang bertakwa adalah mereka yang bersungguh-sungguh serta berhati-hati didalam melakukan ibadah didalam kehidupan seharian. • Para sahabat dan orang- orang yang turut menjejaki cara mereka menjalan kehidupan mereka dengan penuh ketakwaan. Sebagai contoh adalah Saidina Omar Abdul Aziz yang memerintah dengan adil dan penuh berhati-hati didalam menjalankan tugasnya. Mereka ini dianugerahkan Allah SWT dengan rezeki yang berlimpah daripada sumber yang tidak diduga. Didalam pemerintahan Saidina Omar Abdul Aziz yang singkat sahaja, rayaat jelata turut merasa kesenangan dan kesejahteraan. Hinggakan tidak ada seorangpun yang layak menerima zakat. • Tidak ada ertinya sekiranya kejayaan yang diterima semasa didunia sahaja. Tetapi diakhi

Ustaz Ghazali Hasbullah 300609

Kuliah Maghrib • Bulan Rejab yang mulia ini merupakan bulan Rasulullah SAW menjalankan Israk dan Mikraj. Maka kita hendaklah membersihkan hati dibulan ini. • Kalamullah itu terdapat suruhan dan perkara yang ditegah. Juga terdapat yang diharuskan. • Suruhan itu ada dua perkara; ¤ Wajib Pahala kepada yang mengerjakan. Dosa kepada yang meninggalkan. Contohnya solat lima waktu sehari; mengeluarkan zakat; berpuasa dibulan Ramadhan ¤ Sunnat Diberi pahala kepada yang mengerjakannya. Tiada berdosa atau siksa kepada yang meninggalkannya • Perkara yang ditegah; ¤ Haram Disiksa orang yang mengerjakan. Orang yang meninggalkan dengan niat maka diberi pahala. ¤ Makruh Diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya. Sekira dilakukan tiada siksa dan dosa. • Harus Tiada diberi pahala ataupun dosa. • Semua lima hukum ini diperintahkan kepada yang sesiapa yang cukup akal. Dengan ¤ Bersebab Wajib bersembahyang Zuhor apabila matahari tergelincir. ¤ Bersyarat Sya

Ustaz Syafiq 290609

Kuliah Maghrib • Kemuliaan bagi orang- orang yang menuntut ilmu. ¤ Dipohon ampun oleh para malaikat ¤ Diberi ganjaran oleh Allah SWT • Tetapi dibanyak masjid majlis ilmu tidak mendapat sambutan. Tidak saperti dimajlis majlis hiburan. Ini kerana ramai tidak melihat akan kelebihan majlis ilmu. • Menghaziri majlis ilmu dapat memeberi kefahaman dan motivasi untuk beramal. Contohnya membaca Al Quran dituntut kerana didalamnya terdapat gedung ilmu yang melaut. Para ulama menyatakan sesaorang yang tidak beramal membaca Al Quran saperti bersifat kurang ajar. • Sesiapa yang membaca Al Quran lebih baik baginya untuk memahami akan ayat ayat yang dibacanya. Memudahkan dia untuk beramal dengan ayat yang dibacanya. Jadi sebaik baiknya membaca Al Quran dengan tafsirnya. • Imam Ghazali juga menggalakan para mukmin supaya sentiasa membasahi bibir dengan zikir. Kalau tidak mampu untuk melakukan dengan banyak, cukuplah dengan sedikit tetapi beristiqamah. Ditambahnya setiap hari secara