Ustaz Ghazali Hasbullah 300609

Kuliah Maghrib

• Bulan Rejab yang mulia ini merupakan bulan Rasulullah SAW menjalankan Israk dan Mikraj. Maka kita hendaklah membersihkan hati dibulan ini.

• Kalamullah itu terdapat suruhan dan perkara yang ditegah. Juga terdapat yang diharuskan.

• Suruhan itu ada dua perkara;

¤ Wajib
Pahala kepada yang mengerjakan. Dosa kepada yang meninggalkan. Contohnya solat lima waktu sehari; mengeluarkan zakat; berpuasa dibulan Ramadhan

¤ Sunnat
Diberi pahala kepada yang mengerjakannya. Tiada berdosa atau siksa kepada yang meninggalkannya

• Perkara yang ditegah;

¤ Haram
Disiksa orang yang mengerjakan. Orang yang meninggalkan dengan niat maka diberi pahala.

¤ Makruh
Diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya. Sekira dilakukan tiada siksa dan dosa.

• Harus
Tiada diberi pahala ataupun dosa.

• Semua lima hukum ini diperintahkan kepada yang sesiapa yang cukup akal. Dengan
¤ Bersebab
Wajib bersembahyang Zuhor apabila matahari tergelincir.

¤ Bersyarat
Syaratnya wajib zakat harta apabila cukup jumlah & haulnya.

¤ Manik (Penghalang)
Ada perkara yang menegahnya. Contohnya apabila berhaid maka ia tidak wajib solat. Sekiranya sudah habis haid maka diwajibkan solat.

Bersambung.........


Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914