Ustaz Zulkifli 060709

Kuliah Maghrib

• Izzah, itu membawa erti kehebatan. Apabila dibawa kepada konteks Islam ia membawa erti satu kehebatan dari segi tamadun yang mengagungkan Allah SWT. Sifat Aziz yang ada pada NYA adalah kehebatan yang diluar gambaran dan kotak pemikiran manusia. Maha hebatnya Allah SWT sungguh tiada tandingan.

• Al Mutakkabir adalah satu nama Allah SWT. Sifat yang terpuji yang tiada tandingannya.

• Allah SWT berhak untuk memuji diriNYA. Sifat ini hanyalah pada tuhan yang esa. Tiada ada sesiapapun melainkan DIA yang berhak dipuji.

• Manusia yang sombong sanggup memuji dirinya tetapi ia tahu bahawa ada kelemahan serta cacat & cela nya. Contoh saperti Firaun yang zalim.

• Semasa didunia ini manusia apabila mendapat kekayaan dan kelebihan daripada manusia yang lain, maka akan timbullah sifat sombong. Tetapi sifat tersebut adalah sesuatu kelemahan. Ada ' ' 'Inferiority compex' yang timbul daripada satu sifat rasa yang ada sesuatu yang kurang pada dirinya. Jadi puji bagi manusia itu satu kehinaan. Tetapi puji bagi Allah SWT adalah satu kehebatan yang tidak dapat dibayangkan.

• Manusia yang tidak merasa kehebatan Allah SWT selalunya akan merasa pada diri nya sifat hebat; sombong. Sifat yang hina pada pandangan manusia sendiri. Malah bertentangan dengan hukum Allah SWT. Manusia yang mempunyai agama dijiwanya tahu bahawa yang berhak dipuji hanyalah Allah SWT.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914