Ustaz Yussuf 050709

Kuliah Subuh

• Menjadi saorang mukmin yang cemerlang perlulah menjadi orang yang bertakwa kepada Allah SWT.

• Allah SWT membantu hambanya yang bertakwa dengan berbagai cara. Dengan perkara dan 'solution' hidup yang tidak diduga-duga.

• Orang yang bertakwa adalah mereka yang bersungguh-sungguh serta berhati-hati didalam melakukan ibadah didalam kehidupan seharian.

• Para sahabat dan orang- orang yang turut menjejaki cara mereka menjalan kehidupan mereka dengan penuh ketakwaan. Sebagai contoh adalah Saidina Omar Abdul Aziz yang memerintah dengan adil dan penuh berhati-hati didalam menjalankan tugasnya. Mereka ini dianugerahkan Allah SWT dengan rezeki yang berlimpah daripada sumber yang tidak diduga. Didalam pemerintahan Saidina Omar Abdul Aziz yang singkat sahaja, rayaat jelata turut merasa kesenangan dan kesejahteraan. Hinggakan tidak ada seorangpun yang layak menerima zakat.

• Tidak ada ertinya sekiranya kejayaan yang diterima semasa didunia sahaja. Tetapi diakhirat dimasukkan kedalam neraka. Orang yang cemelang bercita-cita untuk berjaya hingga ke syurga.

• Maka hendaklah orang mukmin mendekati Al Quran serta memahami dan menjalankan ajarannya. menjauhi diri daripada melakukan perkara-perkara yang maksiat.

• Kehebatan manusia tercapai dengan menghayati segala perintah Allah SWT. Contoh -contoh para Rasul dan para sahabat merupakan pengajaran kepada orang mukmin didalam mencapai kecemerlangan.

• Mempunyai serta menguasai ilmu perlulah diamalkan. Sekiranya tidak memperaktikkan ilmu tersebut maka ini akan menimbulkan satu penomena yang disebut oleh Iman Ghazali sebagai manusia yang tertipu oleh kehebatan lmunya.

• Kehebatan itu kadang kala telah menimbulkan sikap yang negatif. Saperti sikap Ujup, sombong, bongkak. Perkara ini menunjjukkan sesaorang itu tidak merasa takut kepada Allah SWT. Dan sekiranya dia meyampaikan ilmunya, maka mereka yang mendengar akan merasakan saolah-oleh ada benda yang tidak kena. Orang yang pandai sekiranya dia tidak bertakwa tidak ada nilainya disisi Allah SWT.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914