Posts

Showing posts from November, 2014

Ustaz Al Yemeni 081114

Image
Lingkaran minda kuliah maghrib@ Masjid Al Huda Shah Alam

Ustaz Irwan Shah 081114

Image
Kuliah Subuh @ Masjid Al Huda Shah Alam Seorang mukmin hendaklah bersungguh- sungguh didalam mentaati akan segala suruhan Allah SWT sebagai persiapan untuk menghadapi sakaratul maut Untuk mencapai hasrat yang tersebut perlulah sesaorang itu berdoa memohon pertolongan Allah SWT agar dihindari daripada melakukan perbuatan maksiat Orang yang ingin melakukan maksiat kerana dikehendaki sangat oleh hawa nafsunya. Tetapi ia tidak melakukannya keran takut kepada kemurkaan Allah SWT. Maka gangarannya kelak adalah syurga tanpa dihisab Janganlah ada seorang yang beriman berniat untuk menderhaka akan ketaatannya kepada Allah SWT. Kerana ada riwayat yang menyatakan sesorang itu dimasukkan kedalam neraka kerana niatnya untuk melakukan maksiat menderhakai akan perintah Allah SWT. Bersabarlah didalam ketaatan kepada Allah SWT. Terutama bersabar ketika berhadapan dengan peluang yang terbuka untuk melakukan maksiat. Dia meninggalkan situasi sedemikian ke

Ustaz Yussof 021114

Image
Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Peristiwa yang jadi dinegara akhir ini menunjjukkan bahawa ramai umat Islam jahil akan beberapa aspek agama. Saperti program menyentuh anjing yang dianjurkan oleh sebuah organisasi NGO. Muslim dan Muslimah perlulah menjaga kesucian agama Islam. Setiap amalan yang dijalankan perlulah berasaskan kepada ilmu dan hukum yang sohih. Dibulan Muharram ini merupakan titik perubahan yang baik bagi sesaorang yang beriman mempertingkatkan syiar agama Islam Jagalah kesucian agama yang murni ini daripada sikap orang- orang yang memusuhi akan agama ini. Terdapat beberapa fitnah yang ditaburkan keatas ulama' dan institusi agama Islam. Perlulah diawasi akan beberapa perkara yang berkaitan dengan kegunaan teknologi. Walaupun ada kebaikkannnya tetapi juga didapati banyak juga kesan yang negatif. Contohnya ada para jamaah membawa masuk talipon bimbit semasa bersolat. Lagu yang digunakan sebagai 'ring tone' boleh menggangu jemaah lain untuk bersolat. Islam

Ustaz Mohd Jihad 251014

Image
Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Saorang mukmin apabila ia bercakap... Perkataan yang baik sahaja Tidak berdusta Sekira tidak ada yang baik dicakap dia berdiam sahaja Majlis Ilmu Mendidik masyarakat mengenai kehebatan agama Islam Agar mempunyai akhlaq yang mulia Membezakan halal dan haram Mengikut Islam,  sesaorang manusia... Apabila melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah dia berlandaskan hukum Allah SWT Tidak mempertikaikan hukum agama Dia akan membuat pertimbangannya sendiri jika tiada hukum didalam agama ataupun pendapat para ulama' Allah SWT menyekat rezeki sesaorang Dihalang rezeki sesaorang oleh kerana dosa yang dilakukan Apabila Allah SWT menetapkan sesuatu maka tiada siapa yang dapat menghalanginya Ramai yang tidak berlaku adil kerana takut dihalang manusia akan rezekinya Apabila didalam sesuatu masyarakat ramai yang tidak amanah maka pintu rezeki akan ditutup Rezeki didalam konteks Islam... Bukan hanya wang dan harta Anak yang soleh merupakan satu rezeki yang melebihi

Ustaz Mohd Tarmizi 291014

Image
Kuliah Maghrib disampaikan oleh pendakwah Muslim Cara Sabah Sebagai seorang yang Muslim kita hendaklah bersyukur atas apa yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita Nikmat yang paling indah adalah mendapat hidayah menjadi seorang Islam yang beriman Sebenarnya hidayah itu adalah sesuatu yang susah untuk mendapatkan walaupun dia anak orang yang alim. Bahkan anak seorang Nabi. Orang yang berkat disisi Allah SWT adalah Para Rasul dan Nabi. Kemudian para ulamak. Disusuli oleh kesua orang ibu bapa. Berkat juga terikat pada waktu yang tertentu. Seperti berkat didalam beribadat didalam Puasa. Hendaklah semua orang mukmin berusaha dengan bersungguh sungguh mendapat keredhaan Allah SWT Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz jemputan 231014

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Allah SWT merahmati.. Orang yang beriman Dengan melantik seorang Rasul Membawa cahaya nikmat Rasulullah SAW... Membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya Mengajarkan mereka akan akhlak yang baik Contohnya didalam peperangan diharamkan membunuh kanak-kanak,  wanita, orang yang tua. Rasulullah SAW diperintah Allah SWT mengajak ahli kelurganya kepada Islam Baginda mengumpul ahli keluarga untuk menjelaskan kepada Bani Hashim mengenai Islam Baginda menjelaskan bahawa apa yang akan dikabarkan adalah benar Ajaran Islam adalah yang terbaik Abu Talib membenarkan akhlaq dan sikap Rasulullah SAW serta dia bersedia membela Nabi Tetapi sayang bapa saudara Baginda tidak memeluk Islam hingga akhir hayat Hidayah Islam Satu nikmat yang besar