Posts

Showing posts from October, 2021

Ustaz Firdaus 311021

Kuliah Subuh • عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْماً فَقَالَ : يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفِ Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, RA beliau berkata: pada suatu hari aku berada di belakang Nabi SAW, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan mendapati Dia bersamamu. Apabila engkau meminta sesuatu

Ustaz Yahya 301021

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman perlulah mencari limpahan anugerah Allah SWT. Jangan membuang masa. Isikan dengan memenuhi diri dengan ilmu. Walaupun hari ini kita berhadapan dengan isu Covid 19. • Ketika ini kita hidup didalam zaman fitnah. Tetapi perlu yakin bahawa Rahmat Allah SWT tetap ada. Tidak kira didalam situasi apa pun. • Allah SWT membimbing para ulama' dan orang-orang alim bagaimana meneruskan amalan agamaNya sebagaimana diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Walaupun sudah 1400 tahun wafatnya baginda. • Ajaran Rasulullah SAW diturunkan kepada insan-insan yang dipilih didalam setiap generasi sehinggalah hari Qiamat. Insan inilah para Ulama' yang dikadangkala disebutkan sebagai wali. • Sebagai umat Rasulullah SAW Nabi Muhammad yakin bahawa Baginda merupakan insan yang istimewa. Dianugerahkan kedudukan sebagai Nabi yang terakhir untuk semua manusia seisi alam. Yang diwahyukan kepada nya Al Quran. Mukjizat yang teragung. • Baginda SAW mendidik para sahabatnya. Yang kemu

Ustaz Abdul Halim 241021

Kuliah Subuh • Imam Nawawi, seorang pendakwah yang berasal daripada Syria.   • Menjalankan kegiatan dakwah sepenuh masa. • Banyak amal ibadahnya serta dia juga banyak menulis buku. • Sering berjumpa pemerintah untuk menasihati mereka supaya menjaga kebajikan rakyat dengan baik. • Sekiranya tidak dapat bertemu dengan pemerintah maka dia menulis surat kepada mereka. Agar berlaku adil. • Baginya memberi nasihat kepada ummah adalah wajib. Terutama orang yang berilmu. • Sama ada yang hendak terima atau tidak bergantung kepada hatinya ingin menerima atau menolak. Yang dapat membuka pintu hati mereka adalah Allah SWT. • Menasihatkan masyarakat agar melakukan kebaikan adalah kewajipan sesaorang mukmin. Penerimaan nasihat itu diserahkan kepada Allah SWT • Setiap kebajikan yang dikerjakan oleh seseorang mukmin pasti mendapat balasan yang setimpal. • Allah SWT bersama-sama dengan orang-orang yang bertakwa dan melakukan kebaikan. • Wassalam  

Ustaz Al Kelantani 231021

Kuliah Subuh • Surah Maryam terdapat kisah Nabi Zakaria dan Maryam. • Didalam Al Quran tidak terdapat nama wanita yang disebut selain Maryam. • كۤهٰيٰعۤصۤ • Surah ini dimulai dengan lima huruf. • Allah SWT sahaja yang mengetahui akan maknanya. • ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهٗ زَكَرِيَّا ۚ • Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria. • Didalam ayat ini disebutkan Nabi Zakaria sebagai hamba Allah SWT. Satu gelaran yang hebat yang diberikan NYA. • اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ نِدَاۤءً خَفِيًّا • Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. • قَالَ رَبِّ اِنِّيْ وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّيْ وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَّلَمْ اَكُنْۢ بِدُعَاۤىِٕكَ رَبِّ شَقِيًّا • Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. • وَاِنِّيْ خِفْتُ الْ

Ustaz Azman 171022

Kuliah Subuh • Didalam keadaan yang dihadapi umat dengan ancaman virus Covid 19 para jemaah hendaklah menjaga diri dan keluarga. Ikut apa yang nasihatkan oleh para pakar perubatan. • Mengambil vaksin itu adalah ikhtiar. Yang menghidarkan penyakit adalah Allah SWT. Maka perlu ikhtiar diiringi dengan doa. • Ketika masjid ditutup oleh pihak berkuasa kerana wabak tersebut, ramai orang memarahi pihak berkuasa. • Tetapi apabila masjid kini telah dibuka, kenapa ramai tidak datang untuk berjemaah. • Walhal semua orang mengetahui yang solat berjemaah adalah satu tuntutan agama. Baginda Rasulullah SAW didalam beberapa hadith memberi gambaran besarnya fadhilatnya. • Beramal didalam agama dituntut bahawa seseorang itu mempunyai ilmu yang cukup untuk menyempurnakan ibadat tersebut. • Rahmat Allah SWT amat luas. Ibadat yang sedikit jika dikerjakan dengan istiqamah lebih dituntut. Ganjarannya amat besar. • Amalan para Ulama' yang dikerjakan hendaklah dijadikan contoh untuk para jemaah. • Ilmu yan

Ustaz Shamsuddin 161021

Kuliah Subuh • Setiap perbuatan perlulah diniat dengan melakukan kerana mengikut kehendak Allah SWT. • Begitu juga dengan percakapan seseorang. Setiap ucapannya merupakan pakaian hatinya yang ikhlas. • Maka perkataan seseorang itu mengambarkan akan hatinya. Sama ada ikhlas atau tidak. Apa yang dicakapkan itu ikhlas atau tidak. • Perkataan yang keluar daripada orang yang ikhlas, maka akan memberi kesan kepada yang mendengarkan nya. • Nasihat yang dikatakan akan memberi kesan kepada orang yang lalai atau yang tersesat. Sebalik jika yang mendengar itu orang yang baik akan bertahan baik. Orang yang melakukan dakwah akan lebih bersemangat. • Saidina Ali menyatakan yang sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya. • Sekiranya percakapan itu perkara yang baik. Yang bercakap dan mendengar dianggap beribadat. • Percakapan yang datang dari hati yang ikhlas, maka kata-katanya akan menusuk ke hati yang mendengarnya. • Tetapi jika percakapan itu datang dari hati yang mengikut nafsu, tidak a

Ustaz Ghazali Omar 151021

Kuliah Maghrib • Ganjaran yang besar bagi mereka yg solat berjemaah Subuh. • Sekiranya tidak dapat ke masjid, maka berjemaah bersama-sama keluarga dan sahabat. Jangan tinggalkan solat berjemaah. • Fadhilat berjemaah Insya dan subuh. Dipelihara Allah SWT daripada gangguan makhluk yang ingin menyakitinya. • Seorang Khalifah yang zalim. Apabila dibawa kepadanya orang yang ditangkap, ditanya samada dia solat subuh berjemaah. Dilepaskan jika didirikan subuh berjemaah. • Solat Jumaat adalah hukumnya fardhu Ain. Sesiapa yang tinggal maka berdosalah dia. Bila ditinggalkan tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie maka dimenterikan hatinya. • Selain daripada bersolat berjemaah pada hari Jumaat. Ada juga tazkirah dan khutbah yang dapat tingkatkan ilmunya. • Wassalam

Ustaz Shamsuddin 101021

Kuliah Subuh • Dakwah Islamiah adalah usaha mengajak orang ramai melakukan kebajikan dan menjauhi kemungkaran yang ditetapkan Allah SWT. Amal Makruf Nahi Mungkar. • Pendakwah yang berkesan adalah mereka yang dapat mempengaruhi orang ramai dengan bijaksama. • Para wali Allah SWT menjalankan kegiatan dakwah mereka dengan penuh 'wisdom'. Mereka praktis dahulu sebelum mengajak orang ramai melakukannya. • Mereka ini orang-orang yang Soleh serta para Ulama' yang boleh dianggap sebagai wali. Mereka melakukan dakwah dengan penuh keikhlasan. • Dakwah yang paling berkesan adalah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Selepas itu dakwah yang dilakukan orang-orang yang Soleh. • Cahaya Nur Islam tertusuk ke dalam hati orang yang mendengar ucapan dan perbuatan mereka. Berkesan kerana mereka melakukan apa yang mereka suruh. 'Walk the talk'. • Para solihin dan wali ini menjalankan kegiatan dakwah dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Mereka yakin ilmu yang disampaikan adalah ilmu All

Ustaz Nizam Kadir 091021

Kuliah Subuh • Hendaklah orang yang beriman memakmurkan rumah Allah SWT. • Hadirkan diri menunaikan solat berjemaah setiap hari lebih baik daripada datang seminggu sekali. • Seorang sahabat mewakilkan seorang dimasjid untuk memberi sedekah kepada yg memerlukan. Kemudian anaknya mengambil sedikit daripada duit itu. Dia mengatakan duit tersebut bukan untuk anaknya. Bila ditanya kepada Rasulullah SAW baginda menyatakan bahawa kita mendapat apa yg diniatnya. • Bagi orang yang memakmurkan rumah Allah SWT, mereka merupakan seorang yang beriman, mendirikan solat dan menunaikan zakat. • Ada orang yang tidak datang ke masjid dengan alasan takut dengan Covid 19. • Seorang mukmin takut hanya kepada Allah SWT. Bukan yang lain. Tetapi sebagai seseorang yang berilmu kita berwaspada dengan kesan penyakit yang menular. Mengikut akan hadith Rasulullah SAW. • Bagi orang yang memakmurkan masjid, mereka semoganya dapat hidayah. • Wassalam  

Ustaz Yusuf 031021

Kuliah Subuh • Peristiwa COVID 19 mengingatkan manusia akan kekuasaan Allah SWT. • Manusia perlu ingatkan akan hakikat kehidupan yang fana ini. • Tetapi setelah semua yang hidup ketika ini menghadapi bala' ada juga yang tidak menyedari dan tidak juga mahu beriman. • Beberapa orang yang mengidap penyakit ini terpaksa ditidurkan. Ada yang hidup tetapi ramai juga yang meninggal dunia. • Bagi yang meninggal dunia mereka telah diberi tahu akan kemungkinan kematian itu. Ini merupakan satu nikmat. Sempat bertaubat dan memohon maaf. • Allah SWT telah menjadikan manusia didalam keadaan yang terbaik. Kerana manusia diberi tugas didunia ini. • Kejadian manusia itu seimbang. Secara fizikal dan rohani. Dianugerahkan kelengkapan yang sesuai untuk mengharungi kehidupan ini. • Manusia juga diberi pertunjuk untuk menghadapi kehidupan ini. Ada perkara boleh dilakukan dan ada yang tidak dibenarkan. • Pertunjuk ini dibawa oleh seorang Rasul, yang mengajarkan manusia akan agama Allah SWT. Dengan ini ma