Ustaz Firdaus 311021

Kuliah Subuh

• عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْماً فَقَالَ : يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفِ

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, RA beliau berkata: pada suatu hari aku berada di belakang Nabi SAW, lalu Baginda bersabda kepadaku:
Wahai anak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah:

Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan mendapati Dia bersamamu. Apabila engkau meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah.

Ketahuilah Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan mampu memberikan manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang memang Allah telah tentukan untukmu.

Sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana keatasmu, nescaya mereka tidak akan dapat mendatangkan mudharat kepada kepadamu kecuali dengan sesuatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Telah diangkat qalam dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya). (HR Tirmizi no. 2516, Hadis Hasan Sahih)

• Orang yang bertaqwa menjaga hak Allah SWT.
• Allah SWT akan menjaga orang yang bertaqwa didunia dan diakhirat.
• Akan diturunkan malaikat untuk menjaga mereka. Dibisik supaya jangan takut, janji Allah SWT kepada mereka adalah syurga. Mereka kekal di dalamnya.
• Allah SWT juga menjaga keluarga orang yang bertaqwa.
• Didekatkan jarak syurga dengan orang yang bertaqwa.
• Bagi orang yang menjaga perintah Allah SWT, yakin yang Dia akan bersama mereka.
• Didalam Al Quran banyak kisah bagaimana Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang memegang kuat akan segala perintah NYA.
• Perlulah orang yang beriman berdoa kepada Allah SWT agar ditetapkan mereka didalam iman dan Islam. Dijauhkan daripada godaan syaitan.
• Rasulullah SAW mengajar doa sebelum tidur, yang bermaksud. "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali." (HR. Bukhari)
• Orang yang bertaqwa beringat supaya perbuatan nya tidak membawa  perkara yang syirik. Seperti memohon pertolongan daripada bomoh dan jin.
• Allah berfirman di surah Al-Haj ayat 76:

"Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan semua urusan."
• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914