Ustaz Shamsuddin 161021

Kuliah Subuh

• Setiap perbuatan perlulah diniat dengan melakukan kerana mengikut kehendak Allah SWT.

• Begitu juga dengan percakapan seseorang. Setiap ucapannya merupakan pakaian hatinya yang ikhlas.

• Maka perkataan seseorang itu mengambarkan akan hatinya. Sama ada ikhlas atau tidak. Apa yang dicakapkan itu ikhlas atau tidak.

• Perkataan yang keluar daripada orang yang ikhlas, maka akan memberi kesan kepada yang mendengarkan nya.

• Nasihat yang dikatakan akan memberi kesan kepada orang yang lalai atau yang tersesat. Sebalik jika yang mendengar itu orang yang baik akan bertahan baik. Orang yang melakukan dakwah akan lebih bersemangat.

• Saidina Ali menyatakan yang sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.

• Sekiranya percakapan itu perkara yang baik. Yang bercakap dan mendengar dianggap beribadat.

• Percakapan yang datang dari hati yang ikhlas, maka kata-katanya akan menusuk ke hati yang mendengarnya.

• Tetapi jika percakapan itu datang dari hati yang mengikut nafsu, tidak akan berkesan kepada pendengarnya.

• Perbicaraan yang terlalu fokus kepada hal hal duniawi akan membuang masa. Dunia ini seperti bangkai. Orang yang terlalu mencintai dunia seperti seekor anjing.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914