Ustaz Shamsuddin 101021

Kuliah Subuh

• Dakwah Islamiah adalah usaha mengajak orang ramai melakukan kebajikan dan menjauhi kemungkaran yang ditetapkan Allah SWT. Amal Makruf Nahi Mungkar.
• Pendakwah yang berkesan adalah mereka yang dapat mempengaruhi orang ramai dengan bijaksama.
• Para wali Allah SWT menjalankan kegiatan dakwah mereka dengan penuh 'wisdom'. Mereka praktis dahulu sebelum mengajak orang ramai melakukannya.
• Mereka ini orang-orang yang Soleh serta para Ulama' yang boleh dianggap sebagai wali. Mereka melakukan dakwah dengan penuh keikhlasan.
• Dakwah yang paling berkesan adalah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Selepas itu dakwah yang dilakukan orang-orang yang Soleh.
• Cahaya Nur Islam tertusuk ke dalam hati orang yang mendengar ucapan dan perbuatan mereka. Berkesan kerana mereka melakukan apa yang mereka suruh. 'Walk the talk'.
• Para solihin dan wali ini menjalankan kegiatan dakwah dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Mereka yakin ilmu yang disampaikan adalah ilmu Allah SWT. Sentiasa memohon pertolongan NYA.
• Bagi mereka apa sahaja yang dikerjakan adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan NYA. Apa sahaja yang perlu disampaikan sebagaimana diperintahkan Allah SWT dan Rasulullah SAW mereka lakukan dengan sebaiknya.
• Bagi penerima risalah yang disampaikan oleh para pendakwah adalah yang seperti berikut: 1) Cahaya ilmu dan iman terus masuk ke dalam hatinya mempraktis dengan segera. 2) Cahaya itu masuk ke dalam hatinya tetapi belum dapat memperaktisnya dengan segera. 3) Kesan itu ada tetapi Nur ilmu itu tidak masuk dengan sepenuhnya kedalam hati mereka.
• Ada pandangan yang berpendapat bahawa penerimaan ilmu adalah bergantung kepada peringkat para dakwah itu sendiri. Sekiranya ilmu yang disampaikan dia sendiri tidak memperaktisnya maka kuranglah berkesan dakwahnya.
• Surah Fatir ayat 23:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Maksudnya: ((Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah al-Ulama)).
• Para Rasul, Para Wali serta Ulama' banyak jasanya kepada seluruh umat manusia. Merekalah yang memimpin manusia kenalan yang benar. Jalan yang menuju kepada Allah SWT.
• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914