Ustaz Nizam Kadir 091021

Kuliah Subuh

• Hendaklah orang yang beriman memakmurkan rumah Allah SWT.
• Hadirkan diri menunaikan solat berjemaah setiap hari lebih baik daripada datang seminggu sekali.
• Seorang sahabat mewakilkan seorang dimasjid untuk memberi sedekah kepada yg memerlukan. Kemudian anaknya mengambil sedikit daripada duit itu. Dia mengatakan duit tersebut bukan untuk anaknya. Bila ditanya kepada Rasulullah SAW baginda menyatakan bahawa kita mendapat apa yg diniatnya.
• Bagi orang yang memakmurkan rumah Allah SWT, mereka merupakan seorang yang beriman, mendirikan solat dan menunaikan zakat.
• Ada orang yang tidak datang ke masjid dengan alasan takut dengan Covid 19.
• Seorang mukmin takut hanya kepada Allah SWT. Bukan yang lain. Tetapi sebagai seseorang yang berilmu kita berwaspada dengan kesan penyakit yang menular. Mengikut akan hadith Rasulullah SAW.
• Bagi orang yang memakmurkan masjid, mereka semoganya dapat hidayah.
• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914