Ustaz Yusuf 031021

Kuliah Subuh

• Peristiwa COVID 19 mengingatkan manusia akan kekuasaan Allah SWT.
• Manusia perlu ingatkan akan hakikat kehidupan yang fana ini.
• Tetapi setelah semua yang hidup ketika ini menghadapi bala' ada juga yang tidak menyedari dan tidak juga mahu beriman.
• Beberapa orang yang mengidap penyakit ini terpaksa ditidurkan. Ada yang hidup tetapi ramai juga yang meninggal dunia.
• Bagi yang meninggal dunia mereka telah diberi tahu akan kemungkinan kematian itu. Ini merupakan satu nikmat. Sempat bertaubat dan memohon maaf.
• Allah SWT telah menjadikan manusia didalam keadaan yang terbaik. Kerana manusia diberi tugas didunia ini.
• Kejadian manusia itu seimbang. Secara fizikal dan rohani. Dianugerahkan kelengkapan yang sesuai untuk mengharungi kehidupan ini.
• Manusia juga diberi pertunjuk untuk menghadapi kehidupan ini. Ada perkara boleh dilakukan dan ada yang tidak dibenarkan.
• Pertunjuk ini dibawa oleh seorang Rasul, yang mengajarkan manusia akan agama Allah SWT. Dengan ini manusia diangkat menjadi khalifah.
• Khalifah yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk mengurus dunia ini dengan secara yang baik.
• Manusia diberi tanggungjawab semasa hidupnya didunia ini. Diakhirat nanti dia perlu menghadapi Allah SWT.
• Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914