Ustaz Azman 160521

Kuliah Subuh

• Hati itu tempat pandangan Allah SWT.

• Hati yang sakit membawa kesan yang cukup negatif kepada seseorang.

• Kesan hati yang bermasalah...

   • Tidak merasa bersalah bila tinggal solat tanpa ada alasan syarie. Tidak malu kepada Allah SWT.
   • Melakukan dosa besar tanpa segan silu. Hatinya rasa biasa-biasa sahaja. Maka macamana pula dengan dosa kecil? Sekira dosa besar tidak merasa bersalah dosa kecil itu macam biasa sahaja. Maka kesan kepada generasi akan datang.
   • Masyarakat juga menerima begitu sahaja tanpa ditegur. Contoh orang ramai tidak menutup aurat. Perlakuan itu adalah berdosa. Tetapi perkara itu macam biasa sahaja.
   • Hati yang sakit tidak tersentuh dengan ajaran didalam Al Quran. Hati tidak rasa gentar apabila membaca ayat-ayat yang mengancam dengan siksaan api neraka. Tidak merasa insaf akan dosa-dosa yang dilakukan. Hati langsung tidak tersentuh.
   • Apabila melihat saudara seislam dianiayai hati mereka rasa biasa-biasa sahaja. Diberitakan yang rakyat Palestin diancam nyawa mereka, ada orang yang mengaku beriman rasa bosan dengan berita tersebut. Tidak ada keinginan untuk memberi bantuan.
   • Perbuatan buruk sangka dan mengumpat berkuasa dikalangan umat. Ini adalah pertanda yang hati hati didalam masyarakat telah sudah bermasalah.
   • Suka berbalah tanpa hujah yang benar. Nak menang walaupun tahu yang dirinya bersalah. Orang lain semua tidak betul. Jadi nasihat langsung tidak mahu mendengar.

• Orang yang beriman perlulah memperbaiki diri agar hati itu bertambah sihat dengan keimanan.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914