Ustaz Shamsuddin 090521

Kuliah Subuh

• Kewajipan bagi setiap orang yang beriman mencari rezeki yang halal. Apa pun profesen yang diceburi perlulah dijaga had- had agama.

• Seseorang yang beriman perlulah mempunyai ilmu dan amalan untuk mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Berikhtiar dengan kadar yang ditentukan oleh NYA.

• Ikhtiar itu meliputi setiap sudut kehidupan sebagai hambaNYA. Dari segi amal ibadat dan profesen untuk kelangsungan hidup.

• Profesen yang dipilih perlulah dijaga agar ia tidak bercanggah dengan hukum dan akhlak agama Islam.

• Setelah bertemu dengan profesen yang baik disegi agama maka perlulah dijaga dengan baik. Jangan perpindah randah kerana ada profesen yang diberi sara yang lebih lumayan. Perlu diteliti dahulu sama ada tempat yang baru itu mengikut segala keperluan beragama.

• Apabila kita meletakkan kriteria agama itu melebihi dari kriteria- kriteria yang lain, yakinlah bahawa pertolongan Allah SWT yang akan datang yang lebih baik.

• Begitu juga apabila rezeki kita disatu tempat itu telah sesuai dengan kehendak agama. Perlulah ditetapkan ditempat tersebut. Jangan berpindah semata mata kerana keuntungan duniawi sahaja. Kriteria agama hendaklah didahulukan.

• Sekiranya ditakdirkan seseorang itu menjadi ahli perniagaan hendaklah dia menjadi peniaga yang baik. Berakhlak tinggi. Amanah. Dan perkhidmatannya yang menguntungkan masyarakat sekeliling. Seorang perniaga yang tetap didalam lingkungan agama, maka yakinlah dia diakhirat nanti akan bersama dengan para sahabat dan Baginda SAW.

• Dari segi beragama apabila dia telah dapat bertapak didalam satu profesen yang baik disegi agama maka janganlah dia menukar kepada profesen yang lain. Melainkan perofesen yang ditukarnya lebih baik dari segi amalan agama.

• Dari segi hukum agama, setiap profesen yang dipilih hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan kehendak agama. Tidak menghindarkan diri dari mengerjakan solat dan sebagainya. Perlu dijaga yang profesen itu tidak terbabit dengan riba', arak dan perkara-perkara yang haram.

• Profesen yang dipilih perlulah mendapat keredhaan Allah SWT. Agar mendapat rahmat Nya. Setiap profesen tidaklah semata mata atas kehendak diri sahaja. Tetapi perlulah memberi khidmat kepada masyarakat sekeliling.

• Memilih sesuatu profesen perlulah mendapat nasihat orang yang kuat beragama. Seseorang guru dapat memberi nasihat didalam pemilihan profesen tersebut.

• Status profesen yang baik dari segi dunia dan akhirat merupakan karamah anugerah Allah SWT. Kedudukan seseorang itu merupakan Rahmat Allah SWT. Bersyukur.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914