Posts

Showing posts from September, 2009

Ustaz Dr Syihabuddin 200809

Image
Khutbah Eidul Fitri Masjid Al Huda Shah Alam • Khatib mengajak para makmum untuk menambahkan iman dan taqwa kapada Allah SWT • Dibulan Syawal hendaklah kita bermuhasabahkan diri kita. Sama ada ibadat puasa yang kita baru tunaikan itu meninggalkan kesan. • Adakah solat, jemaah dan tadarus Al Quran yang kita lakukan dengan tekun dapat kita teruskan ? Sekira ianya dapat dijalankan dengan baik maka bererti telah terkesan Ramadhan itu kepada jiwa kita. • Diantara amalan Rasulullah SAW dibulan Syawal adalah BERSYUKUR. Akan nikmat yang dianugerahi Allah SWT. • Sunnat bagi umat Islam dibulan Syawal adalah dengan menolong orang-oran miskin. Janganlah kita menjemput orang orang yang kaya sahaja ke rumah- rumah terbuka. Hendaklah ringgankan diri untuk membantu orang- orang yang susah dan miskin. • Ziarah itu dituntut dibulan Syawal. Maaflah orang lain. Dan mohon maaflah kepada orang lain akan kesalahan yang dilakukan. Buangkan sifat sifat yang menghalang untuk mengeratkan sila

Ustaz Syihabuddin 120909

Image
Tazkirah Ramadhan • Rasulullah SAW pada sepuluh malam terakhir berjaga sepanjang malam. Baginda beserta dengan keluarganya berqiamulail. • Menghidupkan sepuluh malam terakhir dengan beribadat. Terutama pada malam 21, 23, 25, 27, dan 29. - bangun malam - melakukan ibadah sepanjang malam. Bersolat; Membaca Quraan; Berzikir. - jangan melakukan maksiat. • Oleh kerana malam Lailatul Qadr tidak diketahui maka hendaklah orang yang beriman mencarinya. Terutama malam sepuluh terakhir yang ganjil. • Menilai ibadat puasa dibulan Ramadhan. Adakah kita.......? - Rajin bersolat - Membuka puasa tepat pada waktu. Serta menjaga solat Maghrib juga dengan secepat mungkin. - Menjaga solat berjemaah. Terutama solat maghrib. - Beristiqamah menjaga solat berjemaah. - Ramadhan adalah satu catalyst untuk memperbanyakkan ibadah sepanjang tahun. Wassalam

Ustaz Zulkifli 070909

Kuliah Ramadhan • Bilakah malam lailatulqadar? Adakah dalil ? • Ramai para sahabat menyatakan malam lailatulqadar itu terjadi pada malan 27 Ramadhan. • Malam lailatulqadar itu hendaklah dikejar dengan memulakan amalan bangun malam bermula pada 10 malam terakhir. • Para sahabat mengidam untuk melakukan ibadah yang banyak. Ada yang menghabiskan bacaan Al quran setiap hari. • Mereka berusaha untuk melakukan ibadat sebanyak yang boleh untuk mengejar pahala yang dijanjikan Allah SWT. Wassalam

Ustaz Yussuf 060909

Kuliah Subuh • Ramai orang yang masih mempersoalkan mengenai hukum Islam. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai ilmu dan kefahaman tentang Islam. Mereka membuat perbandingan dengan hukum- hukum sivil yang asasnya adalah sistem British Common Law. • Didalam kita memperkatakan mengenai kemerdekaan negara- negara serantau daripada penjajahanan, adakah kita benar- benar merdeka ? • Penjajahan itu terjadi kerana orang- orang kristian barat hendak menyampaikan agama kristian kepada negara yang dijajah. • Negara yang dimerdekakan oleh penjajah, adalah secara fizikal. Tetapi secara pemikirannya masih ramai para cerdik pandai dan pemimpin yang berpaksi kepada sistem yang ditinggalkan oleh penjajah. • Contohnya di Malaysia apabila pihak British memerdekakan negara mereka meninggalkan banyak polisi dan perundangan yang digunapakai ketika itu. Perundangan itu disusun begitu rapi supaya negara ini dibelenggu dengan kontradiksi dan perbalahan, yang akhirnya pihak dinegara ini terpaksa sentiasa

Dato' Mustaffa Kamal pegerusi NGO; ACT Malaysia.

Image
Kuliah Ramadhan yang diadakan dimasjid Al Huda, Shah Alam • Umat Islam Mindanao dilupakan dan terabai daripada saudara seislam dinegara serantau saperti Malaysia dan Indonesia. • Pergolakan mereka bukan kerana umat Islam disana suka berperang. Tetapi sebab mereka ditindas dan dijajah. • Setiap orang Islam hendaklah mengambil berat dan perihatin kepada umat Islam yang lain. • Pada tahun 2000 meletus peperangan diantara puak pemisah dengan kerajaan penjajah Filipina. Seramai 75% askar Filipina mengempur umat Islam disana. Ramai umat Islam gugur didalam peperangan tersebut. • Orang Islam Mindanao merupakan orang Melayu saperti orang- orang Melayu yang lain di Malaysia dan Indonesia. • Disegi strategi akidah umat Islam di Nusantara, mereka merupakan benteng mempertahankan keislaman daripada penyebaran agama kristian. • Penjajah Sepanyol pada tahun 1565 mula menakluk kepulauan Mindanao. Penentangan umat Islam berjaya mempertahankan Mindanao. Sehinggalah dijajahi oleh K