Ustaz Yussuf 060909

Kuliah Subuh

• Ramai orang yang masih mempersoalkan mengenai hukum Islam. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai ilmu dan kefahaman tentang Islam. Mereka membuat perbandingan dengan hukum- hukum sivil yang asasnya adalah sistem British Common Law.

• Didalam kita memperkatakan mengenai kemerdekaan negara- negara serantau daripada penjajahanan, adakah kita benar- benar merdeka ?

• Penjajahan itu terjadi kerana orang- orang kristian barat hendak menyampaikan agama kristian kepada negara yang dijajah.

• Negara yang dimerdekakan oleh penjajah, adalah secara fizikal. Tetapi secara pemikirannya masih ramai para cerdik pandai dan pemimpin yang berpaksi kepada sistem yang ditinggalkan oleh penjajah.

• Contohnya di Malaysia apabila pihak British memerdekakan negara mereka meninggalkan banyak polisi dan perundangan yang digunapakai ketika itu. Perundangan itu disusun begitu rapi supaya negara ini dibelenggu dengan kontradiksi dan perbalahan, yang akhirnya pihak dinegara ini terpaksa sentiasa menggunakan sistem perundangan mereka; 'The British Common Law'.

• Begitulah senarionya dengan beberapa negara lain dinusatara ini terutama negara yang majoritinya umat Islam.

• Walaupun pihak penjajah telah lama meninggal negara yang dijajah tetapi pemikiran mereka tetap tinggal.

• Disegi sistem pelajaran pun banyak negara yang masih mengikut sistem yang ditinggalkan oleh pihak penjajah. Walaupun sudah ada beberapa universiti Islam, tetapi graduan mereka masih dianggap kebelakangan dengan graduan daripada barat. Walaupun ini satu persepsi tetapi cukup untuk memecah belah masyarakat. Inilah hasrat penjajah.

• Sekiranya ada yang hendak merobah sistem ini dengan sistem yang bersesuian dengan sistem Islam, mereka akan dikenakan tindakkan. Pihak penjajah akan menggunakkan pihal media dan pertubuhan antara bangsa untuk menjatuhkan pemimpin negara tersebut. Penggunaan teknologi untuk mengintip para pemimpin yang hendak membawa pembaharuan.

• Kita harap bahawa para ilmuan dan ulama memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang baiknya sistem yang berteraskan hukum hukum Islam. Semoga ramai yang faham dan yakin dengan Islam.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914