Posts

Showing posts from September, 2012

Ustaz Rahmatullah 180912

Ustaz Rahmatullah 180912 Ustaz Rahmatullah 180912 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Manusia sering ditimpa ujian Kesenangan ataupun kesusahan Bagi seorang mukmin bila diuji hendaklah dia menerima Bagi orang mukmin bila ditimpa ujian Hendaklah dia bersyukur jika mendapat kesenangan Jika ditimpa kesusahan, maka hendaklah dia bersabar Tidak wajar sesaorang mukmin memprotes kepada Allah SWT akan ujian yang dikenakan Bagi seorang mukmin yang becita-cita menegakkan ajaran Islam Bererti dia telah menerima bahawa berdakwah itu satu kewajiban Bersedialah dia untuk menghadapi jalan yang penuh ujian. Bagaikan jalan yang penuh dengan duri. Berdakwah itu hendaklah dimulakan dengan dirinya sendiri Jangan mengajak orang lain berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak melakukannya Perkara ini adalah sifat orang yang munafiq Orang yang paling rugi diakhirat nanti Orang yang tidak dapat menyelamatkan diri

My idea : Ustaz Shamsuddin 150912

Ustaz Shamsuddin 150912 Ustaz Shamsuddin 150912 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda,Shah Alam Saorang hamba yang berdoa kepada Allah SWT perlulah melakukannya dengan penuh kesopanan dan kesusilaan Sebaik doa adalah secara umum Tidak perlu diperinci sehingga saolah-olah kta tidak mempercayai Allah SWT Umum itu lebik daripada menuntut secara specifik Allah SWT maha mengetahui akan keperluan spesifik kita. Kalau menuntut secara detail seolah olah kita tidak melihat (dengan mata hati) NYA. Hamba yang jauh daripada Allah SWT berkemungkinan kurang percaya untuk berdoa. Dia lebih cenderung menuntut sesuatu yang spesifik didalam doanya Hamba yang meminta kepada yang lain daripada Allah SWT Menunujjukkan yang dia nipis imamnya Hatinya jauh daripada Allah SWT Dalil akan perlu berdoa secara umum sahaja kerana Allah SWT maha mengetahui. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah

Ustaz Dr Syihabuddin 130912

From Evernote: Ustaz Dr Syihabuddin 130912 Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam ADAT DIBULAN SYAWAL • Rasulullah SAW dibulan Syawal menziarahi keluarga Baginda. • Bersilaturrahim sesama saudara seIslam. Di Malaysia amalan ini disemarakkan lagi dengan majlis rumah terbuka. • Apabila melangsungkan rumah terbuka hendaklah diberi keutamaan kepada amalan untuk mengeratkan silaturrahim. Jangan dicampuri dengan perkara yang haram. • Tiga golongan orang yang perlu dijemput adalah:   i) Jiran ii) Fakir Miskin Dan Anak- Anak yatim iii) Orang alim dan orang soleh • Cara bersilaturrahim mengikut amalan Islam i) Apabila berjumpa sesama lelaki berpeluk. Wanita sesama wanita. ii) Mencium tangan     - Orang yang berpangkat didalam keluarga     - Orang yang lebih tua     - Orang yang dianggap lebih tua.     - Dilarang orang Islam mencium tangan sambil tundduk melebihi rukuk didalam solat.     -Jangan mecium tangan orang yang zalim.     - Me

Ustaz Adnan 090912

From Evernote: Ustaz Adnan 090912 Kuliah Maghrib • Hendaklah kita menjaga anggota diri sekiranya hendak mencapai tingkatan yang baik semasa melakukan ibadat. • Perlu dijaga mata. Penglihatan itu akan mempengaruhi hati. Diganggu hati ketika beribadat. sukar untuk kyusyuk. • Menjauhi daripada melakukan ma'siat dengan mata. Kerana penglihatan itu pasti menggangu hat. • Hati juga akan merosakkan amal ibadat kita. Hati yang diganggu oleh sifat ria' akan memusnahkan seluruh amalan kita. • Pemakanan juga akan memainkan peranan yang penting didalam mempengaruhi keadaan hati. • Makanan yang datangnya daripada sumber yang haram akan menimbulkan satu negatif didalam hati. Seperti susah untuk membaca Al Quraan. • Makanan yang halal itu mempengaruhi khudrat diri untuk beribadat. • Mengambil makanan yang  haram pasti akan mempengaruhi hati supaya sukar untuk melakukan amal ibadat. • Hati juga menjadi keras untuk melakukan ibadah jika

Ustaz Adnan Fatoni 090912

Image
From Evernote: Ustaz Adnan Fatoni 090912 Hati juga menjadi keras untuk melakukan ibadah jika mengambil makanan berlebihan. Hilang kemanisan  beribadah. Juga hilanglah nur ddalam hatinya.

Ustaz Irwan Shah 080912

Ustaz Irwan Shah 080912 Ustaz Irwan Shah 080912 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Saorang lelaki berjumpa denagn seorang sahabat Abu Zhar... Meminta Abu Zhar mengajarkan kepadanya suru ilmu yang berguna Abu Zhar menyatakan ilmu Allah SWT amat luas. Tetapi yang satu ini penting.... Hendalah kamu menjauhi diri daripada segala kejahatan, terutama pada diri sendiri Melakukan perbuatan maksiat kepada Allah SWT Bererti kita juga melakukan kezaliman kepada diri kita sendiri Diri kita tergadai dengan perbuatan dosa. Maka tebuskan gadaian tersebut dengan mengucapkan istighfar banyak - banyak. Pintu taubat Allah SWT sentiasa luas terbuka Ringankan dosa kita dengan mempanjangkan sujud ketika solat, terutama sujud dirakaat terakhir Jika dibulan Ramadhan yang lalu Allah SWT .... Membuka pintu syurga dengan luas, maka pintalah kepada Allah SWT agar pintu syurga dibuka kepada kita selama lamanya. Menutup pintu neraka,

Ustaz Mujahid Yussof Rawa 010912

Ustaz Mujahid Yussof Rawa 010912 Ustaz Mujahid Yussof Rawa 010912 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Didalam Islam kata- kata hendaklah datang daripada hati. Serta dipraktikkan dengan perbuatannya Berkata sesuatu yang benar itu adalah dituntut didalam Islam Didalam Islam tidak ada kata- kata yang tidak baik. Semuanya adalah baik Begitu juga sesuatu yang batil tidak boleh dibiarkan begitu sahaja Kewajiban orang yang beriman merobah sesuatu yang tidak baik kepada yang lebih baik Perubahan itu didalam berbagai aspek Terlebih lagi jika keadaan semasa itu menzalimi masyarakat Allah SWT membenci kepada segala bentuk kezaliman Orang yang dizalimi akan dibela oleh Allah SWT. Walaupun yang dizalimi itu orang kafir Memfitnah manusia itu merupakan kezaliman Rasulullah SAW pernah difitnah Dipanggil baginda orang yang gila, tukang sihir dan sebagainya Tetapi Baginda tetap SABAR menghadapi cabaran tersebut. Baginda tetap men

Ustaz Ramli 310812

From Evernote: Ustaz Ramli 310812 Kuliah Subuh • Ramadhan telah berlalu. Dan ia pasti akan datang lagi. • tetapi yang tak pasti adalah diri kita, sama ada dapat bertemu dengannya lagi. • Syawal menuntut orang yang beriman supaya mengiratkan silaturrahim. • Disamping menyambut kedatanagn bulan Syawal, rakyaat Malaysia juga menyambut hari kemerdekaan. • Kemerdekaan harus disambut mengikut kehendak agama Islam. • Kebebasan daripada hawa nafsu, Iblis & Syaitan dan Taghut. • Untuk memahami akan hakikat kemerdekaan hendaklah kita mempunyai ilmu yang mencukupi. • Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, matinya seperti orang yang mati syahid. • Syurga yang dijanjikan kepada umat Nabi Muhammad SAW adalah syuga firdaus. Besarnya syurga tersebut hinggakan malaikat Jibrail tidak dapat menjumpai tepinya. • Begitu juga dijanjikan Allah SWT syurga firdaus kepada orang yang menuntut dan mengajar ilmu. Wassalam