Ustaz Dr Syihabuddin 130912

From Evernote:

Ustaz Dr Syihabuddin 130912

Kuliah Maghrib
Masjid Al Huda Shah Alam

ADAT DIBULAN SYAWAL

• Rasulullah SAW dibulan Syawal menziarahi keluarga Baginda.

• Bersilaturrahim sesama saudara seIslam. Di Malaysia amalan ini disemarakkan lagi dengan majlis rumah terbuka.

• Apabila melangsungkan rumah terbuka hendaklah diberi keutamaan kepada amalan untuk mengeratkan silaturrahim. Jangan dicampuri dengan perkara yang haram.

• Tiga golongan orang yang perlu dijemput adalah:
  i) Jiran
ii) Fakir Miskin Dan Anak- Anak yatim
iii) Orang alim dan orang soleh

• Cara bersilaturrahim mengikut amalan Islam

i) Apabila berjumpa sesama lelaki berpeluk. Wanita sesama wanita.

ii) Mencium tangan
    - Orang yang berpangkat didalam keluarga
    - Orang yang lebih tua
    - Orang yang dianggap lebih tua.
    - Dilarang orang Islam mencium tangan sambil tundduk melebihi rukuk didalam solat.

    -Jangan mecium tangan orang yang zalim.

    - Mencium tangan dengan hidung.

iii) Berjabat tangan juga cara menghubungkan silaturrahim.

- Berjabat tangan dengan muhrib sahaja.

iv) Menggunakan isyarat tangan. Mengikut cara sunnah Rasulullah SAW.

v) Senyum dan bertutur dengan manis dan baik.

• Memberi kepada fakir miskin dan anak- anak yatim.

• Saling memohon maaf kemaafan sesama seislam. Kenapa kita berputus silaturrahim?

  i) Nostalgia akan peristiwa lama yang pahit.
  ii) Dizalimi
iii) Perasaan seolah-olah dianak tirikan
iv) Cemburu, Irihati, dengki
  v) Ego yang tinggi. Sombong
vi) Ikut sanggat perasaan
vii) Perbalahan yang diwarisi
viii) Perselisihan pendapat
      ¤ saling menyalahkan
      ¤ saling menyesatkan
      ¤ saling mengkafirkan
      ¤ saling bermusuhan

  ix) Rasa diri tidak bersalah
   x) Tidak mengingati kematian

Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914