My idea : Ustaz Shamsuddin 150912

Ustaz Shamsuddin 150912
Ustaz Shamsuddin 150912
  • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda,Shah Alam
    • Saorang hamba yang berdoa kepada Allah SWT perlulah melakukannya dengan penuh kesopanan dan kesusilaan
      • Sebaik doa adalah secara umum
        • Tidak perlu diperinci sehingga saolah-olah kta tidak mempercayai Allah SWT
        • Umum itu lebik daripada menuntut secara specifik
          • Allah SWT maha mengetahui akan keperluan spesifik kita.
            • Kalau menuntut secara detail seolah olah kita tidak melihat (dengan mata hati) NYA.
              • Hamba yang jauh daripada Allah SWT berkemungkinan kurang percaya untuk berdoa. Dia lebih cenderung menuntut sesuatu yang spesifik didalam doanya
              • Hamba yang meminta kepada yang lain daripada Allah SWT
                • Menunujjukkan yang dia nipis imamnya
                  • Hatinya jauh daripada Allah SWT
                  • Dalil akan perlu berdoa secara umum sahaja kerana Allah SWT maha mengetahui.
                    • Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ali Imran ayat 26
                      • "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (Ali Imran: 27)
                        • Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Qaaf:16)
                        • Hamba yang berdoa hendaklah merasa malu kepada Allah SWT ketika berdoa
                          • Malu untuk meminta duniawi sahaja
                            • Saolah kita tidak yakin akan akhirat
                              • Bab duniawi begitu kyusu' lagi...tetapi hal akhirat kita tidak bersungguh sungguh
                              • Berdoa kepada Allah SWT sebagai satu ibadah
                                • Berniat berdoa sebagai ibadah kerana kita ini adalah hambaNYA
                                  • Berdoa secara umum sahaja
                                    • Yakin bahawa Allah SWT itu maha mengetahui akan apa yang baik untuk diri kita
                                    • Wassalam

                                    Comments

                                    Popular posts from this blog

                                    Ustaz Ghazali Omar 020912

                                    Ustaz Shamsuddin 090809

                                    Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914