Ustaz Rahmatullah 180912

Ustaz Rahmatullah 180912
Ustaz Rahmatullah 180912
  • Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Manusia sering ditimpa ujian
      • Kesenangan ataupun kesusahan
        • Bagi seorang mukmin bila diuji hendaklah dia menerima
        • Bagi orang mukmin bila ditimpa ujian
          • Hendaklah dia bersyukur jika mendapat kesenangan
            • Jika ditimpa kesusahan, maka hendaklah dia bersabar
              • Tidak wajar sesaorang mukmin memprotes kepada Allah SWT akan ujian yang dikenakan
              • Bagi seorang mukmin yang becita-cita menegakkan ajaran Islam
                • Bererti dia telah menerima bahawa berdakwah itu satu kewajiban
                  • Bersedialah dia untuk menghadapi jalan yang penuh ujian. Bagaikan jalan yang penuh dengan duri.
                    • Berdakwah itu hendaklah dimulakan dengan dirinya sendiri
                      • Jangan mengajak orang lain berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak melakukannya
                        • Perkara ini adalah sifat orang yang munafiq
                      • Orang yang paling rugi diakhirat nanti
                        • Orang yang tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada api neraka
                          • Walaupun didunia ini dia memiliki segala kemewahan
                          • Orang yang paling berjaya diakhirat nanti
                            • Adalah mereka yang berjaya memasuki syurga dan menghindarkan diri daripada api neraka
                              • Walaupun didunia ini dia tidak memiliki apa- apa.
                              • Setiap mukmin mengikat kontrak dengan Allah SWT
                                • Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Taubah: 111)
                                  • (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (Taubah:112)
                                  • Wassalam
                                    l>

                                    Comments

                                    Popular posts from this blog

                                    Ustaz Ghazali Omar 020912

                                    Ustaz Shamsuddin 090809

                                    Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914