Ustaz Adnan Al Fatoni

From Evernote:

Ustaz Adnan Al Fatoni

Kuliah Maghrib
Majid Al Huda

• Sesaorang yang sebelum berakhir solatnya dia teringat yang dia terlupa satu rukun, maka perlu ditambah satu rakaat.

• Didalam solat setelah bangun daripada sujud, dia baru perasan yang dia tertinggal satu sujud. Maka dia terus duduk serta bersujud.

• Rasulullah SAW pernah bersolat zuhur hanya dua rakaat. Setelah ditegur dan dipastikan oleh beberapa orang sahabat, maka baginda terus menyambung dua rakaat lagi.

• Para ulama' menyatakan jika sesaorang itu tertinggal beberapa rakaat didalam solat jika jarak masa ia mengetahui itu dekat dan ia tidak memijak akan sebarang najis maka dibolehkan ia menyambung semula solatnya.

• Sembahyang Fardhu sambil duduk. Perlu diawasi. Kerana ia hanya dibolehkan jika berdiri itu menggangu kekhusukkan solat.

Bersambung...

Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809