My idea : Ustaz Dr Syihabuddin 111012

Ustaz Dr Syihabuddin 111012
Ustaz Dr Syihabuddin 111012
  • Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda, Shah Alam
    • Nas Al Quraan mengenai ibadah qurban
      • Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)." (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
        • Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya." ( Al-Haj ; 36)
        • Nas hadith mengenai ibadah Qurban
          • Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari 'Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. " (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
          • Adab, Hukum- Hakam berqurban
            • Waktu yang tertentu
              • Syarat yang tertentu
                • Binatang yang tertentu
                  • Orang yang berkorban
                    • Orang yng meyembeleh
                  • Binatang yang hendak diqurbankan
                    • Berkaki empat
                      • Jinak, bukan binatang yang buas
                        • Diperlihara
                          • Cukup umurnya
                            • Tidak cacat yang berikut:
                              • Mata buta, mata juling
                                • Patah tanduknya
                                  • Patah atau tempang kakinya
                                  • Tidak kurus
                                    • Binatang betina tidak didalam keadaan bunting
                                      • Keldai yang dibela haram dimakan. Larangan ini terdapat didalam hadis
                                      • Waktu untuk melaksanakan qurban
                                        • Selepas solat sunnat aidil adha
                                        • Orang yang hendak berqurban
                                          • Orang Islam
                                            • Merdeka, bukan seorang hamba
                                              • Baligh
                                                • Kanak kanak boleh berqurban, dengan syarat
                                                  • Jangan guna harta anak tersebut
                                                    • Penjaga anak tersebut telah melakukan qurban ataupun serentak
                                                      • Anak tersebut sudah diakikahkan
                                                        • Syarat akikah terdapat beberapa pendapat
                                                          • Dilakukan pada hari ketujuh
                                                            • Sehingga umur dua bulan
                                                              • Sehingga umur dua tahun, selepas menyusu
                                                                • Sehingga umur baligh
                                                                  • Sehingga umur berkahwin
                                                                    • Sehingga umur dewasa (40tahun)
                                                                      • Sehingga hayat iaitu seumur hidup
                                                                    • Pemikiran yang waras, sihat akalnya
                                                                      • Mampu megerjakan ibadah qurban untuk dirinya dan keluarganya
                                                                        • Seorang didalam keluarga seekor lembu
                                                                          • Seorang didalam keluarga seekor kambing
                                                                            • Seekor lembu untuk sekeluarga
                                                                              • Seorang didalam keluarga sebahgian lembu
                                                                                • Seekor kambing sekeluarga, wakilkan satu nama
                                                                                  • Satu bahagian untuk sekeluarga diwakilkan satu nama
                                                                                • Orang yang menyembeleh Qurban
                                                                                  • Islam
                                                                                    • Alim
                                                                                      • Wara'
                                                                                        • Waras
                                                                                          • Berani
                                                                                            • Baligh
                                                                                              • Makhruh bagi kanak kanak
                                                                                              • Lelaki
                                                                                                • Makruh bagi perempuan menyembeleh

                                                                                              Comments

                                                                                              Popular posts from this blog

                                                                                              Ustaz Ghazali Omar 020912

                                                                                              Ustaz Shamsuddin 090809