Posts

Showing posts from August, 2020

Ustaz Fazrul 310820

Kuliah Subuh • Didalam surah Ar Rahman, Allah SWT bertanya 'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?' فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ • Maka perlulah kita menjawab secara senyap akan pertanyaan itu. Kerana apabila para jin mendengar ayat ini mereka menjawab. Mereka tidak akan mendustakan nikmat Allah SWT yang dianugerahkan. • Al Quran merupakan nikmat Allah SWT kepada manusia.     • Sumber ilmu     • Mendekatkan diri kepada Allah SWT     • perteguhkan Iman     • Merdeka dari yang lain dari Allah SWT • Insan merupakan nikmat Allah SWT kepada kita.     • Manusia ini ada kekurangan     • Maka kita kena faham dan terima     • Nilai yang diterima pengajaran Quran     • Allah SWT maha pengampun • Bertutur dengan baik adalah nikmat Allah SWT kepada insan    • Merupakan pengajaran dari Quran    • Bercakap baik....atau diam    • Berusaha menjaga sunnah Nabi SAW    • Sifat seorang yang bebas daripada nafsu am

Ustaz Abdul Halim 300820

Kuliah Subuh • Orang yang beriman wajib mengenali akan segala zat Allah SWT. Mengenal akan diri kita dapat membantu kita mengenali NYA. Kita mempunyai banyak kelemahan tetapi DIA tidak mempunyai apa apa pun kelemahan dan kekurangan. DIA yang maha berkuasa dan yang maha sempurna. • Manusia ada yang lupa akan dirinya. Bagaimana ia dijadikan. Betapa lemahnya. Tetapi bersikap sombong hingga dia tidak mahu beriman kepada Allah SWT. Tidak takut akan kemurkaan NYA. Mereka bagaikan lupa akan kenyataan. • Allah SWT memberi petunjuk kepada manusia. Dilantik nabi nabi dan rasul  dikalangan manusia sepanjang zaman untuk membawa risalah NYA. Tetapi ramai juga manusia yang kafir kepada NYA. • Dizaman ini masih ramai orang yang tidak mempercayai akan Allah SWT. Menolak agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Tidak mahu menerima Islam. Ada yang menyimpang daripada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Mengaku diri mereka Nabi dan membawa agama baru yang terang- terang menyimpang daripada jalan yang b

Ustaz Jihad 220820

Kuliah Subuh • Akhlak yang baik orang orang Soleh adalah mereka mengambil berat akan hal keadaan para sahabat mereka. • Mereka bersahabat kerana menginginkan keredhaan Allah SWT. Mengikut apa yang dikehendaki oleh syariat. • Para sahabat mereka mengambil berat akan keadaan keluarga sahabat yang lain. Begitu juga mereka mengambil berat akan hal keadaan Baginda Rasulullah SAW. • Semasa Baginda Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, ramai kabilah yang menghendaki yang Baginda singgah di rumah mereka. • Para sahabat kaum Ansar membantu kaum Muhajirin semasa hijrah. Ada yang mempunyai lebih dari satu rumah, diberi tempat tinggal kepada kaum Muhajirin. Mereka juga memberi makan. • Mereka membantu sahabat-sahabat yang susah dan didalam keadaan yang memerlukan bantuan. Sehingga ada riwayat yang menceritakan keperihatinan ini berlanjutan hingga ke hari akhirat. • Sekiranya ada sahabat sahabat yang bertelingkah cepat sahabat lain mencari usaha untuk mendamaikan. • Orang orang yang soleh juga mengh

Ustaz Azman 160820

Kuliah Subuh • Orang yang beriman perlulah sentiasa memperbaiki solat yang didirikan. • Solat yang berkualiti menghindarkan diri daripada perbuatan yang mungkar. • Kesempurnaan didalam solat hendaklah dipertingkatkan. Para ulama' menyatakan yang solat terbagi kepada beberapa tingkatan. • Solat orang yang jahil      • Tidak berilmu syarat sah solat      •  Keliru didalam bab rukun dan sunat • Solat orang yang lalai     • Alpa akan hakikat bersolat     • Tidak bersedia untuk besolat     • Tidak menjaga waktu solat     • Tidak khusyuk • Solat bukan kerana Allah SWT     • Terpaksa     • Malu kepada orang ramai     • Ada tujuan lain selain dari Allah SWT • Solat orang yang bermujahadah      • Bersungguh sungguh      • Melawan syaitan      • Melawan nafsu • Solat orang yang soleh     • Khusu'     • Menghayati makna bacaan     • Masih belum mencapai nikmat • Solat para wali    • Penghayatan tinggi    • Merasa nikmat    • Kesempurnaan didalam perbuatan • Solat Rasulullah SAW    • Palin

Ustaz Jefri 150829

Kuliah Maghrib • Peperangan Hunain     • Terdapat pengajaran     • Didalam Al Quran     • Jumlah banyak tidak menolong     • Kuantiti bukan kualiti     • Kucar kacir diperingkat awal     • Kerana lupa kepada Allah SWT • Didalam kejayaan manusia     • Merasa bongkak     • Rasa dia yang kuat/ pandai     • Bukan kerana bantuan Allah SWT • Kekuatan ummah     • Tidak bergantung kepada kuantiti     • Kepimpinan yang amanah     • Keimanan     • Dakwah     • Usaha makruf dan cegah mungkar • Berbaiah     • Jemaah mukmin berjanji     • Kepatuhan kepada AMIR     • Untuk kebaikan ramai     • Mengelak konflik didalam ummah     • Menguatkan masyarakat Islam • Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 150820

Kuliah Subuh • Memberi ingat itu kepada siapa sahaja     • Yang lupa supaya dia mengingati     • Yang leka • Jadi perlukah kita manusia  mengingati Allah SWT. Pernahkah DIA lupa? Pernahkah DIA leka? • Maka ada para alim dan wali menjaga adab mereka kepada Allah SWT. Hingga mereka merasakan yang dia tidak layak untuk berdoa. • Dari segi ilmu akidah, Allah SWT tidak pernah lupa dan lalai dalam menjaga hamba hambaNYA. Sifat yang mustahil bagi NYA. • Orang yang beriman perlulah redha akan ketentuan Allah SWT. Yakin bahawa apa sahaja yang ditentukan NYA adalah terbaik untuk kita. • Walau bagaimanapun sebagai seorang hamba tetaplah berusaha untuk mencapai apa sahaja yang diperintahkan. Ikhtiarnya merupakan ibadah. Hasil usaha tetap ditentukan oleh Allah SWT. • Didalam syariat Islam, wajib seorang yang beriman menjalankan segala perintah NYA. Perlulah berusaha dan berikhtiar. Hukumnya wajib. • Ketika berdoa, seorang hamba hendaklah menjaga adap dengan penciptanya. Tidak layak seorang hamba me

Ustaz Dr Shihabuddin 130820

Kuliah Maghrib • Covid 19 memberi satu cabaran kepada orang yang beriman. • Perlu ada usaha secara zahiriah. • Menguatkan rohaniah diri. • Kenalah banyak berdoa kepada Allah SWT • Tawakal kepada NYA • Sabar dalam menghadapi ujian Allah SWT • Redha dengan ketentuan Ilahi • Syukur nikmat yang masih ada... • Orang yang beriman hendaklah berusaha merubah didalam kehidupan ini...      • Untuk meneruskan kehidupan      • Perintah Allah SWT      • Gunakan akal yg diberi      • Larangan memudarat diri & orang lain      • Ancam Illahi siapa lakukan maksiat      • Guna fakulti fikir timbang baik buruk      • Tanggungjawab diakhirat      • Keberangkali untuk berjaya      • Mengharap syurga Wassalam

Ustaz Shamsuddin 090820

Kuliah Subuh • Sebahagian daripada orang yang soleh, murabi dan para wali tidak berdoa kepada Allah SWT. • Mereka ini merasa malu untuk meminta kepada Allah SWT. Yakin bahawa apa sahaja yang terjadi kepadanya telah pun ditentukan oleh NYA. Tetapi mereka tidak terlepas daripada mengingati NYA. • Mereka yakin bahawa setiap rezeki para makhluk telah pun ditetapkan. • Mereka ini kuat berusaha. Berjaya atau tidak bergantung dengan ketentuan Allah SWT. Dia ini redha dengan apa yang telah ditetapkan. • Walaubagaimanapun ada para ulama' menyatakan ada hadis yang menggalakkan berdoa. Bahawa doa itu satu ibadah. Melakukan ibadah itu lebih baik daripada meninggalkannya. Bagi seorang hamba yang beriman menerima apa sahaja ketentuan, diterima atau tidak doa tersebut. • Pendapat ini kuat menyatakan bahawa Allah SWT suka kepada hambaNYA yang berdoa. Tanda seseorang itu seorang hamba yang mengharap akan kebesaran NYA. • Ada juga ulama' yang tidak berdoa. Mereka berdiam sahaja. Menerima sahaja

Ustaz Syukri 080820

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda • Orang yang beriman hendaklah selalu merenung tentang kejadian dunia ini. Tidak terbilang nikmat Allah SWT. Udara yang kita bernafas. Air yang kita minum. Burung yang terbang di atas tidak jatuh pun. • Berbilion manusia yang berada didunia ini wajah muka yang berbeza-beza. Ada yang kacak melebihi yang lain. Semua ini membuktikan kebesaran Allah SWT. • Allah SWT mencipta dunia dan akhirat dengan penuh hikmah. Kehidupan akhirat yang menjanjikan syurga dan neraka memberi kenikmatan hidup didunia ini. Bayangkan jika tidak ada akhirat tentulah manusia didunia ini akan hidup dalam keadaan huru hara. Manusia akan menjadi lebih zalim. • Kenikmatan syariat Allah SWT cukup membawa beribu kebaikan. Bayangkan jika undang-undang manusia dipandu oleh hawa nafsu sahaja. Maka akan hancurlah tamadun kemanusiaan. Maka jadilah manusia seperti haiwan. • Orang yang beriman sedar bahawa apa sahaja yang terjadi adalah dengan kebijaksanaan Allah SWT. Semuanya itu adalah baik unt

Ustaz Yahya 050820

Kuliah Maghrib • Kejadian Civid 19 telah banyak mengajar kita akan petunjuk Allah SWT. Hendak melakukan ibadah juga terbatas. Contohnya tahun ini ibadat Qurban dilakukan dengan SOP yang ketat. Begitulah dengan ibadah yang lain seperti solat dan ibadah haji. • Sekiranya masalah ini berpanjangan maka akan menimbulmkan berbagai tekanan kepada orang-orang yang beriman. Takut yang ibadah yang dilakukan tidak sempurna. Timbul tanda tanya bagaimana dengan bekalan akhirat kita. Bolehkah sampai ke syurga. • Maka wadah untuk beribadat perlulah diperbagaikan. Tidak tertumpu kepada ibadah ibadah yang lazim sahaja. Semenjak kejadian manusia lagi Allah SWT sentiasa menurunkan RahmatNYA kepada hamba hamba NYA. • Pertunjuk yang diberikan kepada hamba hamba NYA tidaklah secara terus. Tetapi melalui manusia manusia pilihan. Daripada Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Dengan wahyu yang diturunkan oleh para malaikat. Ada juga yang mendapat wahyu secara terus daripada NYA. • Setelah w