Ustaz Syukri 080820

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda

• Orang yang beriman hendaklah selalu merenung tentang kejadian dunia ini. Tidak terbilang nikmat Allah SWT. Udara yang kita bernafas. Air yang kita minum. Burung yang terbang di atas tidak jatuh pun.

• Berbilion manusia yang berada didunia ini wajah muka yang berbeza-beza. Ada yang kacak melebihi yang lain. Semua ini membuktikan kebesaran Allah SWT.

• Allah SWT mencipta dunia dan akhirat dengan penuh hikmah. Kehidupan akhirat yang menjanjikan syurga dan neraka memberi kenikmatan hidup didunia ini. Bayangkan jika tidak ada akhirat tentulah manusia didunia ini akan hidup dalam keadaan huru hara. Manusia akan menjadi lebih zalim.

• Kenikmatan syariat Allah SWT cukup membawa beribu kebaikan. Bayangkan jika undang-undang manusia dipandu oleh hawa nafsu sahaja. Maka akan hancurlah tamadun kemanusiaan. Maka jadilah manusia seperti haiwan.

• Orang yang beriman sedar bahawa apa sahaja yang terjadi adalah dengan kebijaksanaan Allah SWT. Semuanya itu adalah baik untuk manusia.

• Manusia dijadikan Allah SWT untuk menyembahNYA. Maka selagi manusia melakukan ibadah yang diperintahkan Allah SWT maka ia akan dapat mencari ketenangan. Tapi bila dia melakukan kemungkaran maka ia pasti tidak akan merasa tenang. Dia sentiasa merasa bersalah.

• Orang yang beriman tidaklah merasa keliru akan segala ketentuan Allah SWT. Sebagaimana kisah NABI Ibrahim diperintahkan mencincang empat ekor burung. Dicampur-campur kan . Burung itu kembali hidup disaksikan oleh Nabi Ibrahim. Baginda tahu yang DIA yang maha kuasa dan bijaksana berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Apa sahaja yang dijadikan merupakan nikmat bagi orang yang beriman dan bertaqwa.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914