Posts

Showing posts from March, 2009

Ustaz Zaid 270209

• Kejayaan didalam Islam melingkupi kehidupan dunia dan akhirat. • Visi seorang muslim perlu mencapai kecemerlangan didalam hidup ini dan juga hidup diakhirat. • Untuk mencapai visi tersebut maka tindakkan yang dilakukan juga perlu selari dengan cara hidup atau ad deen Islamiah. • Iman merupakan asas yang perlu dikuatkan dengan ilmu dan amal yang soleh. Sesiapa yang kuat tauhidnya tidak mudah digoda oleh kemanisan hidup duniawi. • Orang yang tidak kuat imannya susah untuk melakukan ibadat. Senang untuk melakukan maksiat.. • Solat merupakan satu amalan yang penting untuk mencapai kejayaan. • Amalan solat yang tahsin memerlukan ilmu yang berasaskan hadith dan amalan para sahabat. Kesempurnaan solat hendaklah dilakukan dengan selengkapnya. • Para sahabat dididik oleh Rasulullah SAW dengan solat yang khusyuk. Allah SWT menganugerahkan kejayaan kepada mereka kerana kekhusyukan solat mereka. • Amalan yang soleh memerlukan azam yang kuat. Beristiqamah melakukan ibad

Ustaz Azman 150309

Doa kita kepada Allah SWT tidak dimakbulkan kerana perkara yang berikut: • Menangguh ibadah kepada Allah SWT • Membiarkan hati itu mati kerana melakukan dosa. • Membaca Al Quraan tetapi tidak beramal akan ajaran dan hukuman yang termaktub didalamnya. • Mempermainkan suruhan agama. Tahu perkara yang haram tetapi masih juga melakukannya. Dijadikan nafsu itu pemimpinnya. • Memberi alasan yang tidak berasas akan kenapa dilakukan maksiat. • Menyatakan cinta kepada Rasulullah SAW tetapi tidak mengikut sunnahnya. • Tahu akan apa yang harus dilakukan tetapi tidak kuat imannya untuk melawan hawa nafsu. • Mempercayai akan siksa selepas mati tetapi tidak bersedia menghadapinya. Amalan yang tidak mencukupi untuk dijadikan bekalan dialam barzah dan hari akhirat. • Didalam Al Quran diingatkan kepada orang mukmin bahawa syaitan itu musuh yang nyata. Tetapi hakikatnya ramai yang menjadikan syaitan didalam maksiat. • Orang mukmin itu bersaudara. Tetapi ramai yang mencer

Ustaz Ahmad Yahya 150309

Image
Peribadi Nabi SAW • Gelaran Al Amin - Baik - Benar - Amanah • Ahlaq yang terbaik - Contoh kepada seluruh ummah - Diakui oleh yang Islam dan yang bukan Islam - Mewarnakan ahlaq ummah. • Akhlaq orang Islam melayu di Malaysia - Harus dipertahankan - Mengikut penilaian Islam -mencontohi ahlaq Baginda - Prof Hamka menyatakan terhakis roh sesuatu bangsa sekiranya ahlaqnya terhakis. - Janganlah kita menilai semata mata dengan penilaian akademik dan materialis sahaja. • Peribadi Rasulullah SAW - Adalah yang terbaik - Semenjak baginda kecil lagi - Apabila mencapai umur 40 tahun baginda diberi wahyu - Semenjak itu hinggalah wafatnya, akhlaq Rasulullah SAW dibentuk oleh Al Quran. • Ketahanan ajaran Rasulullah SAW kerana berikut: - Ahlaq baginda yang mencerminkan ajaran didalam Al Quran. - Berdakwah kepada seluruh umat manusia. Tidak kira darjat dan kedudukan. - Baginda meninggalkan contoh kepada umat Islam untuk berdakwah dengan penuh kebijaksanaan. • Nabi Mu

Ustaz Rusmadi 150309

Image
Diriwayatkan bahawa orang Muslim yang banyak dosa akan di cuci dahulu sebelum dimasukkan kedalam syurga. Dicuci didalam neraka selama 500 tahun. Orang mukmin yang ingin menjadi calun penghuni syurga haruslah mempunyai sifat penyabar. Syukur adalah ciri-ciri keperibadian orang yang beriman. Maka orang mukmin hendaklah sentiasa bersyukur. Orang yang layak memakmurkan masjid adalah mereka yang beriman. Orang yang sebegitu juga merupakan ahli syurga. Orang yang beriman selalu memohon keampunan daripada Allah SWT. Persoalannya juga yang harus difikirkan adalah permohonan kita diterima. Orang yang bertaubat perlu mempunyai ilmu dan suka menghadiri majlis ilmu. Mereka juga terdiri daripada yang tekun menunaikan ibadah. Contohnya bersolat tepat pada waktunya. Wassalam

Nowseeheart

Image
Dimalam kesenian Islam sempena sambutan Maulidur Rasul di UniKL MIAT; 11 March 2009

Ustaz Yussof 010309

KULIAH SUBUH • Sikap setengah umat Islam yang mula mempertikaikan kepada keadilan Islam bagi kaum wanita. Diatas landasan liberalisasi mereka menuntut hak yang lebih. • Cabaran serupa inilah yang menggugat akidah dan praktis agama umat Islam. Kerja kerja sebegini adalah bermotif untuk memperkecilkan agama dan memecah- belahkan umat. • Umat Islam hari ini perlu mengambil contoh para sahabat. Mereka dengan bersungguh- sungguh mempertingkatkan syiar Islam. Menerima dan patuh akan segala arahan agam yang diwahyukan Allah SWT. Mereka juga menjaga silaturrahim antara satu dengan lain. • Para sahabat mereka hebat kerana menjaga akidah dan mempunyai takwa yang tinggi. Mereka juga ikhlas didalam beramal. Wassalam

Ustaz Shamsuddin 110109

Kuliah Subuh Masjid Al Huda, Shah Alam Bab ZINA • Wanita yang didapati oleh Hakim dirogol maka dia tidaklah dianggap berzina. • Tidak dijalankan hukum hudud keatasnya. • Sesiapa yang didapati berzina lelaki atau perempuan akan dijatuhkan hukum hudud keatas mereka. • Bagi saorang perempuan yang sedang hamil dan didapati bersalah berzina, tetap dijatuhkan hukum hudud. Tetapi hukuman itu ditangguhkan selepas dia melahirkan anak. • Hukuman untuk wanita yang masih bernifas juga perlu ditangguhkan. • Hukuman bagi wanita yang menyusukan anak juga ditangguhkan. • Sesiapa yang meliwat hukumnya haram. Walaupun dengan isterinya sendiri. Tetapi tidak dijatuhkan hukum hudud. Bagi yang lain maka hukum hudud dijalankan. Samada diliwat lelaki ataupun perempuan. • Musahaqah/ Lesbian adalah perbuatan haram. Wajib dijatuhkan hukum takzil sahaja. Kesalahan ini tidak dijatuhkan hukum hudud. • Orang yang melakukan seks dengan haiwan tidak dianggap berzina. Hukumnya haram. Teta

Ustaz Shamsuddin 080209

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Bab Zina • Zina jika tersabit maka wajib dihukum mengikut hukum hudud • Tersabit kesalahan dengan beberapa cara - saksi - pengakuan diri - tanda- tanda. Evidence • Hendaklah diingat bahawa hukum yang hendak dilaksanakan adalah hukum Allah SWT. Perlu dijalankan dengan teliti tanpa ada unsur nafsu. Ia berlainan dengan hukuman undang- undang manusia. Apabila kita menjalankan hukum Allah SWT akan ada barakahnya keatas seluruh negara. Ia menjadikan didalam negara itu suasana keagamaan yang berpaksi kepada keadilan yang tulen. • Saksi hendaklah mengikut beberapa syarat saperti berikut: - orang islam - melihat sendiri - jelas - fakta saksi- saksi tepat dari segi masa dan tempat • Menuduh sesaorang berzina hendaklah mempunyai saksi yang mencukupi. Jika tidak si- penuduh akan didakwa mengikut hukum hudud. Jika disabit maka disebatkan sebanyak lapan puluh kali. • Sesaorang yang mengaku hendak mengikut syarat saperti berikut. - pengakuan dihadapan mahkamah dengan sendi

Ustaz Ang KS 090309

MAULIDURRASUL • Umat Islam hari ini merayakan hari maulidurassul kerana mengenangi jasa baginda SAW. • Semangat perjuangan Nabi SAW haruslah diteruskan. Terutama usaha baginda berdakwah menyebarkan risalah Islam. • Janganlah jemaah Islam berdiam sahaja melihat pendakwah pendakwah kristian bersungguh-sungguh menyampaikan agama mereka. • Islam telah sampai dinegara CHINA semasa zaman Rasulullah SAW lagi. Jadi usaha berdakwah haruslah diteruskan oleh umat Islam. • Institusi yang pertama dibina Rasulullah SAW adalah masjid. Maka perlulah kita umat Baginda hari ini menghidupkan peranan masjid. Bersembahyang berjemaah. • Mencintai Rasulullah SAW dengan menjalankan sunnah Baginda. • Menuntut ilmu juga dituntut didalam Islam. Janganlah orang yang tidak berilmu cuba mentafsirkan Al Quran dan Hadith. • Islam datang untuk membebaskan manusia daripada kepercayaan yang karut marut. Tetapi hari ini oleh kerana telah jauh amalan umat Islam daripada sunnah Rasulullah SAW maka