Ustaz Ang KS 090309

MAULIDURRASUL

• Umat Islam hari ini merayakan hari maulidurassul kerana mengenangi jasa baginda SAW.

• Semangat perjuangan Nabi SAW haruslah diteruskan. Terutama usaha baginda berdakwah menyebarkan risalah Islam.

• Janganlah jemaah Islam berdiam sahaja melihat pendakwah pendakwah kristian bersungguh-sungguh menyampaikan agama mereka.

• Islam telah sampai dinegara CHINA semasa zaman Rasulullah SAW lagi. Jadi usaha berdakwah haruslah diteruskan oleh umat Islam.

• Institusi yang pertama dibina Rasulullah SAW adalah masjid. Maka perlulah kita umat Baginda hari ini menghidupkan peranan masjid. Bersembahyang berjemaah.

• Mencintai Rasulullah SAW dengan menjalankan sunnah Baginda.

• Menuntut ilmu juga dituntut didalam Islam. Janganlah orang yang tidak berilmu cuba mentafsirkan Al Quran dan Hadith.

• Islam datang untuk membebaskan manusia daripada kepercayaan yang karut marut. Tetapi hari ini oleh kerana telah jauh amalan umat Islam daripada sunnah Rasulullah SAW maka kepercayaan tahyul telah muncul semula. Ramai umat yang takut kepada jin, hantu dan sihir.

• Bagi umat yang cinta kepada Rasulullah SAW hendaklah kita mengamalkan kerja kerja dakwah dan menyebarkan Ilmu kepada masyarakat.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809